KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, meningkat 26 peratus kepada RM4.60 bilion daripada RM3.67 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil meningkat kepada RM31.32 bilion daripada RM21.36 bilion sebelumnya.
Bagi Suku Kedua 2023, keuntungan bersihnya meningkat 45.4 peratus kepada 2.34 bilion daripada RM1.61 bilion pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil naik kepada RM16.13 bilion daripada RM10.21 bilion.
Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata pendapatan operasi bersihnya bagi tempoh enam bulan tahun ini meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM13.63 bilion, diterajui oleh peningkatan 61 peratus dalam pendapatan bukan faedah kepada RM4.01 bilion.
Bagi Suku Kedua 2023, pendapatan operasi bersihnya berkembang 15.9 peratus kepada RM7.31 bilion, diterajui oleh pendapatan bukan faedah tinggi yang disumbang daripada pendapatan perbendaharaan dan pasaran yang lebih kukuh, melonjak 119.3 peratus kepada RM2.48 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Pinjaman kasar kumpulan berkembang 5.3 peratus setakat 30 Jun, 2023, diterajui oleh pertumbuhan di Malaysia sebanyak 3.9 peratus dan Indonesia 2.2 peratus, manakala pertumbuhan di Singapura menyederhana sebanyak 1.7 peratus dan pasaran antarabangsa lain mencatatkan peningkatan 8.8 peratus.
Sementara itu, deposit kasar kumpulan meningkat 2.8 peratus, diterajui oleh pertumbuhan 6.4 peratus di Singapura dan 0.2 peratus di Malaysia, didorong terutamanya oleh pengembangan dalam portfolio simpanan tetap.
Berikutan itu, Maybank berkata, nisbah akaun simpanan akaun semasanya (CASA) menyederhana kepada 37.7 peratus pada Jun 2023.
Mengulas mengenai keputusan tersebut, Pengerusi Maybank Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata prestasi separuh pertama yang memberangsangkan itu mencerminkan kekukuhan francais bank dan strategi M25+ yang diguna pakainya meskipun berdepan cabaran global.
"Kami optimis peluang perniagaan yang lebih baik akan kekal, didorong oleh dasar yang digariskan kerajaan untuk terus memacu pelaburan sektor swasta dan meningkatkan keyakinan pengguna.
"Kami berhasrat untuk memanfaatkan ekuiti jenama kami yang kukuh, keupayaan digital serta kepakaran dan infrastruktur padu untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pelanggan kami," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Khairussaleh Ramli berkata sasaran Maybank pada masa depan adalah untuk mempercepat momentum pertumbuhannya dan meningkatkan pemacu hasil dengan memberi penekanan kepada bidang pertumbuhan utama sambil meningkatkan kualiti aset dan mengekalkan kedudukan kecairan dan modal yang kukuh untuk menangani potensi risiko yang mungkin timbul daripada perubahan dalam persekitaran operasi.
Maybank berkata lembaga pengarah mengisytiharkan dividen tunai penuh interim pertama sebanyak 29 sen sesaham, yang membawa kepada nisbah pembayaran dividen sebanyak 75.9 peratus, bersamaan dengan pembayaran RM3.50 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Zamzamzairani berkata prestasi separuh pertama yang memberangsangkan itu mencerminkan kekukuhan francais bank dan strategi M25 yang diguna pakainya meskipun berdepan cabaran global. - Gambar fail
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Keuntungan separuh pertama 2023 Maybank meningkat 26 peratus kepada RM4.60 bilion
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, meningkat 26 peratus kepada RM4.60 bilion daripada RM3.67 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Untung bersih suku ketiga Maybank sebanyak RM1.95 bilion, umum dividen interim 13.5 sen
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.
Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini.
Maybank peroleh untung bersih suku keempat 2013 tertinggi
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd melonjak 14 peratus kepada RM6.55 bilion untuk tahun kalendar 2013 berbanding RM5.745 bilion pada 2012.
Untung pracukai 2012 Maybank naik RM7.894 Bilion
Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan untung pracukai yang lebih tinggi iaitu RM7.894 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding RM6.875 bilion pada 2011.