Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini, melalui kerjasama strategik dengan bank dan peniaga dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai kepada pelanggannya.
Naib Presiden Unit Perniagaan Teknologi Maklumat dan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata rakan kongsinya adalah termasuk Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, Citibank Bhd, Standard Chartered Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd.
"Kami optimis melihat minat pengguna yang kukuh dan kesediaan untuk menggunakan pembayaran mudah alih di Malaysia, dengan kemudahan Samsung Pay yang selamat dan mesra pengguna," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Samsung Pay di sini hari ini.
Beliau berkata pelancaran perkhidmatan ini sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk melihat peralihan negara kepada masyarakat tanpa tunai, melalui penggunaan e-bayaran.
"Perkhidmatan Samsung Pay amat sesuai untuk negara kerana Malaysia mempunyai strategi e-bayaran kebangsaan dengan matlamat utama menjadi masyarakat tanpa tunai," kata Lee.
Lee berkata sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan dua tahun lepas, Lee berkata, perkhidmatan itu juga boleh didapati di Singapura, Australia, Thailand, Sepanyol, China, Puerto Rico dan Brazil.
Samsung Electronics turut bekerjasama dengan syarikat kad kesetiaan tempatan seperti B Infinite, BonusLink dan Sunway Pals, yang menawarkan peluang kepada ahlinya untuk mengutip mata di kedai-kedai rakan kongsinya, yang boleh ditebus untuk tujuan pembelian, katanya.
Dalam jangka masa panjang, Lee berkata, syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu merancang untuk menukar Samsung Pay daripada perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada "mobile wallet".
Di Malaysia, Samsung Pay boleh didapati bagi pengguna model Samsung Galaxy S7 dan S7 edge, S6 edge+, Note5, Galaxy A5 dan A7.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
![Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay' Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487925974_SamsungGroup.jpg)
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini. - Gambar fail
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara
![Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333291_TBAnwarIbrahim.jpg)
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
PM tegur KPM segerakan pemerkasaan penguasaan bahasa inggeris
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
![CIMB Bank, CIMB Islamic kecualikan yuran untuk urus niaga Tabung Haji CIMB Bank, CIMB Islamic kecualikan yuran untuk urus niaga Tabung Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586264475_CIMBbank.jpg)
CIMB Bank, CIMB Islamic kecualikan yuran untuk urus niaga Tabung Haji
Pengecualian ini adalah selaras dengan arahan dari TH dan konsisten dengan inisiatif industri dan kerajaan semasa tempoh PKP.
![Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay' Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487925974_SamsungGroup.jpg)
Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini.
![CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453103357_CIMBBank.jpg)
CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun
CIMB Bank Bhd mendapat lesen operasi daripada State Bank of Vietnam untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah anak syarikat 100 peratus miliknya di Vietnam.