KUALA LUMPUR:Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.
Perolehan pula berkurangan kepada RM13.76 bilion daripada RM13.83 bilion bagi tempoh yang sama, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pendapatan operasi bersih lebih rendah terutamanya disebabkan oleh impak pandemik COVID-19 yang berterusan, walaupun telah diimbangi oleh perbelanjaan overhed yang dikurangkan serta penurunan susut nilai, katanya.
Menerusi kenyataan berasingan, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset itu menjelaskan pendapatan operasi bersih suku ketiga susut kepada RM6.08 bilion daripada RM6.50 bilion pada suku yang sama sebelum itu.
Ia disebabkan penyusutan pendapatan berasaskan dana bersih keseluruhan sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM4.13 bilion, berikutan penurunan margin faedah bersih sebanyak 27 mata asas (bps) tahun ke tahun susulan pengurangan Kadar Dasar Semalaman, katanya.
"Selain itu, pendapatan berasaskan fi bersih keseluruhan juga mengalami penyusutan 1.3 peratus kepada RM1.95 bilion, khususnya ekoran fi teras berkurangan susulan kelembapan aktiviti perniagaan akibat pandemik, serta keuntungan pelaburan lebih rendah," menurutnya.
Bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 30 Sept, 2020, keuntungan bersihnya susut kepada RM4.94 bilion daripada RM5.75 bilion pada tempoh yang sama sebelum ini manakala perolehan sebanyak RM38.77 bilion berbanding RM39.86 bilion, katanya.
Maybank menjelaskan lembaga pengarahnya juga mengumumkan dividen interim 13.5 sen sesaham bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2020 yang akan dilaksanakan mengikut Rancangan Pelaburan Semula Dividen (DRP) Bank.
Pengerusi, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata memandangkan prestasi bertambah baik pada suku ketiga, Maybank memutuskan untuk meneruskan amalan membayar dividen interim kepada pemegang saham, walaupun kadarnya lebih rendah berbanding sebelum ini susulan kesan pandemik.
"Walaupun kedudukan modal Maybank kekal kukuh, kami tetap memastikan kami terus melaksanakan pendekatan berhemat dengan DRP yang mana keseluruhan bahagian adalah terpilih.
"Keutamaan kami adalah sentiasa dapat mengimbangi kepentingan pemegang saham dengan keperluan untuk mengekalkan penampan mencukupi sekiranya keadaan ketidaktentuan berlanjutan, serta untuk membiayai rancangan pertumbuhan kami bagi masa depan," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata tumpuan dalam melangkah maju Maybank adalah memanfaatkan kemampuan pengurusan risiko, operasi yang pelbagai dan kelebihan digital untuk memacu perniagaan pada tahun depan.
"Pada masa sama, kami tetap komited menyokong pihak berkepentingan dalam tempoh ini agar mereka boleh terus mampan bagi jangka panjang," katanya.
Menerusi kenyataan itu juga, pinjaman Maybank pada operasi Malaysia meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun pada 30 Sept, 2020, namun pertumbuhan pinjaman secara keseluruhan diimbangi oleh penurunan di pasaran tempatan utama iaitu Singapura (-7.8 peratus) dan Indonesia (-15.8 peratus).
Ia disebabkan oleh persekitaran operasi yang lebih lembap serta sebahagian strategi kumpulan untuk menjajarkan kembali portfolio berikutan penularan COVID-19, katanya.
"Ini mengakibatkan penurunan marginal 0.6 peratus bagi pinjaman kasar kumpulan berbanding tahun sebelum ini," jelasnya.
Mengenai deposit, Maybank menjelaskan seiring dengan strategi untuk mengekalkan asas mudah tunai yang kukuh dan memperluas struktur pendanaan berkos rendah, deposit berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun, didorong oleh kenaikan 10.2 peratus di Singapura, 3.3 peratus di Malaysia dan 0.8 peratus di Indonesia.
"Oleh itu, nisbah akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) kumpulan meningkat jauh lebih tinggi kepada 42.1 peratus pada September 2020 daripada 34.6 peratus tempoh sama tahun sebelumnya," katanya.
Menurut Maybank, walaupun moratorium pinjaman menyeluruh di Malaysia berakhir pada 30 Sept, 2020, namun ia kekal menyokong mereka yang masih terjejas ekoran kesan pandemik COVID-19 dengan menawarkan pelbagai pakej Bantuan Pembayaran Balik (RA).
"Lebih 93,000 pemohonan RA diterima daripada pelanggan sama ada individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setakata 16 Nov, 2020, dan semua permohonan yang layak telah diluluskan.
"Daripada jumlah yang diluluskan, kira-kira 43 peratus diberikan penangguhan pembayaran balik selama tiga bulan sehingga 31 Dis, 2020 terutama disebabkan oleh pengangguran, manakala pemohon lain meminta pengurangan bagi pembayaran balik kerana pendapatan berkurangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020
Seiring dengan strategi untuk mengekalkan asas mudah tunai yang kukuh dan memperluas struktur pendanaan berkos rendah, deposit berkembang 4.8% tahun ke tahun, didorong oleh kenaikan 10.2% di S'pura, 3.3% di M'sia dan 0.8% di Indonesia. - Gambar fail
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Keuntungan separuh pertama 2023 Maybank meningkat 26 peratus kepada RM4.60 bilion
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, meningkat 26 peratus kepada RM4.60 bilion daripada RM3.67 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Untung bersih suku ketiga Maybank sebanyak RM1.95 bilion, umum dividen interim 13.5 sen
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.
Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini.
Maybank peroleh untung bersih suku keempat 2013 tertinggi
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd melonjak 14 peratus kepada RM6.55 bilion untuk tahun kalendar 2013 berbanding RM5.745 bilion pada 2012.
Untung pracukai 2012 Maybank naik RM7.894 Bilion
Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan untung pracukai yang lebih tinggi iaitu RM7.894 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding RM6.875 bilion pada 2011.