SEREMBAN: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada kira-kira 11.15 pagi oleh anggota Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul, Kuala Pilah.
Beliau berkata anggota itu memaklumkan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang menemukan mayat mangsa ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
"Anggota itu bersama seorang rakan mengikut lelaki tersebut ke lokasi yang dinyatakan dan mendapati terdapat satu mayat tertiarap dalam gaung di bawah jambatan. Lokasi kejadian adalah jauh dari kawasan perumahan dan sunyi.
"Susulan itu, polis bersama pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) serta Unit K9 IPKNS dikerahkan ke lokasi kejadian. Unit K9 cuba mengesan bahan bukti tetapi tidak menjumpai sebarang kesan yang boleh membantu siasatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Nanda berkata siasatan awal forensik juga tidak dapat memastikan punca kematian serta unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.
Beliau berkata punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan oleh Jabatan Patologi Hospital Tuanku Ja'afar.
Katanya mangsa disyaki sudah lama meninggal dunia dan keadaan mayat yang dikerumuni ulat turut menyukarkan polis mendapatkan barangan bagi tujuan pengecaman untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Nanda juga berkata mangsa berketinggian 1.39 meter, bertubuh kecil, berpakaian seluar trek dan kemeja T hitam selain tidak memakai barang kemas serta kuku pendek tidak diwarnakan.
Katanya mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini pagi tadi. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai
Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.

Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seterusnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.

Mayat ditemukan terapung di Port Dickson
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson pada Sabtu.

Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Gunung Jerai
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring di kawasan Alor Naga di puncak Gunung Jerai, pada Sabtu.

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir, Langkawi, pada jam 11.45 pagi Jumaat.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik
Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tanah di dalam kebun betik berdekatan Kampung Dalam Wang dekat Baling pada Ahad.