LAHAD DATU: Seorang wanita bukan saja dirogol tetapi turut dibunuh dengan kejam dengan kesan kelar pada leher sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak sebuah kebun Kampung Pisang, di sini pada Selasa.
Mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 8.15 pagi selepas majikan memaklumkan mangsa tidak sampai ke tempat kerjanya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa merupakan seorang ibu kepada lima anak dan bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran.
"Mangsa dipercayai telah keluar daripada rumah pada jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerja dengan melalui laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang.
"Menurut saksi, mangsa tidak sampai ke tempat kerja dan pihak majikan bertindak menghubungi ahli keluarganya tetapi menurut mereka, mangsa telah keluar bekerja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan itu, Rohan berkata, ahli keluarganya keluar mencari mangsa sebelum menemuinya kira-kira 600 meter dari rumah dalam keadaan tidak bernyawa.
"Hasil siasatan, terdapat kesan hentakan benda tumpul di kepala dan kesan kelar di bahagian leher mangsa selain ditemui dalam keadaan separuh bogel.
"Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan terdapat kesan air mani yang terdapat pada alat sulit mangsa.
"Selain itu, telefon bimbit milik mangsa juga didapati hilang dan tiada wang tunai ditemui di dalam dompetnya," katanya.
Tambah beliau lagi, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
"Polis sedang mengesan suspek dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai polis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintenden Kharuddin Husain di talian 013-9071709," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023

Mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 8.15 pagi selepas majikan memaklumkan mangsa tidak sampai ke tempat kerjanya. - Gambar/ Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.

Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.

Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.

Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.

Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.

Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.

Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.

Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.

Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.