Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Lammy, Batang Sungai Mukah semalam ditemui pagi ini.
Mangsa yang bekerja sebagai operator jengkaut sebuah kapal swasta dikenali sebagai Shahriman Mohd Abbas berusia dalam lingkungan 20-an.
Dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, mangsa dari Kampung Tellian Tengah dipercayai tergelincir ketika menuruni tangga tingkat dua iaitu tempat mengemudikan kapal berkenaan sebelum berlakunya insiden itu.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa kemudian dikatakan bangun semula selepas tergelincir namun terjatuh ke dalam sungai.
"Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa cuba berenang kembali ke arah kapal tetapi tidak berjaya semasa seorang rakan membaling pelampung kepada arahnya," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Menurutnya, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kes ini," jelasnya.
Stanley berkata, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan seawal pukul 7 pagi tadi melibatkan pasukan IPD Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPP Mukah) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Mayat mangsa ditemui lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian pada jam 9.50 pagi tadi.
Mayat telah diserah kepada oihak polis dan dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya
Angelina Sinyang
Tue Dec 31 2019

Pasukan SAR menemui mayat mangsa kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Serangan Israel: Masjid, surau di bawah Jakim dan Jawi diarah laksana solat hajat
Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman yang sedang berlaku.
"Beliau akan berjaya dalam menegakkan kebenaran" - Ibu Syed Saddiq
Ibu bapa beliau turut memberi kata-kata semangat dan menyatakan perhargaan kepada seluruh penyokong yang mendoakan Syed Saddiq.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Hujahan rayuan hukuman Syed Saddiq
Hujahan Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan Putrajaya

Bella hadir sokong Syed Saddiq di mahkamah
Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Jalan Gua Musang-Lojing akan dibuka selorong sebelum 28 Mac
Kerja-kerja pembaikan telah mencapai 50 peratus dan akan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal.
#AWANInews
#AWANInews
Politik ugut-mengugut, sogok-menyogok, itu semua politik yang lama
Yang Berhormat Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar berada di Mahkamah Rayuan Persekutuan untuk mengetahui keputusan hujahan rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, dan denda RM10 juta.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq hari ini
Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh hari ini
Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin
Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq hari ini
Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh hari ini
Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin

Tiga maut, dua parah kemalangan empat kenderaan
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu.

Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga Ukraine
Namun beliau menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan oleh Presiden Donald Trump sebagai langkah awal ke arah keamanan.

Mayat operator jengkaut terjatuh dari kapal ditemui di Batang Sungai Mukah
Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Lammy, Batang Mukah semalam ditemui pagi ini.