SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengesahkan mayat kedua nelayan yang dilaporkan hilang semalam telah ditemukan terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam tengah hari tadi.
Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Selangor Komander Maritim Mohd Shahrenliza Ghazali berkata mayat kedua dijumpai oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya jeti Sungai Haji Dorani pada 12.05 tengah hari.
Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan mangsa pertama telah ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada 9.35 pagi tadi.
Mohd Shahrenliza berkata kedua-dua mayat itu dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.
"Kedua-dua mayat itu diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bagi proses bedah siasat.
Pengecaman awal oleh keluarga mangsa mengesahkan identiti kedua-dua mayat itu ialah Kamarudin Che Om, 65, dan Mohd Noh Wah, 55," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Selasa lepas, kedua-dua mangsa dilaporkan keluar ke laut menaiki bot fiber kira-kira pukul 5 petang, namun tidak pulang ke pangkalan dan gagal dihubungi oleh keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Kedua-dua mayat itu dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa. -Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mayat kedua nelayan hilang ditemukan terapung di perairan Sungai Besar
Kedua-dua mayat itu dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

Mayat nelayan jatuh laut ditemukan terapung
Mayat Chan Eng Liong, 53, ditemukan terapung oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.12 pagi tadi.

Mayat nelayan ditemukan dalam bilik jentera bot karam
Seramai empat penyelam bebas melakukan kerja-kerja menyelam ke dasar laut sekitar jam 11 pagi untuk menjejaki mangsa disyaki terperangkap dalam bot karam.

Mayat nelayan Jeti Kuala Lukut ditemukan terapung - Bomba
Tiada sebarang kecederaan ditemukan pada badan mangsa dan operasi SAR ditamatkan kira-kira pukul 9.20 pagi.

Mayat nelayan ditemui selepas enam hari
Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah Lt Kom Ahmad Kamal Mohd Noor berkata mayat itu ditemui terapung oleh nelayan yang sedang menangkap ikan kira-kira 35 batu nautika dari Pulau Langkawi.