KOTA KINABALU: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan terapung di kawasan laut berhampiran Kampung Tanjung Aru, di Jalan Coastal, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa berusia lingkungan 10 tahun itu ditemukan pada 1.45 tengah hari dipercayai warga asing berdasarkan ketiadaan kesan suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada badan mangsa.
"Mayat mangsa ditemukan oleh dua remaja yang kebetulan berjalan kaki melalui jalan berkenaan. Kedua-dua remaja terbabit terus bertindak mengangkat mayat mangsa sebelum menghubungi polis menerusi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan pada 1.57 tengah hari.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan polis terus menjalankan siasatan dan kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut hadir membantu di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan awal, mayat mangsa hanya mengalami sedikit benjolan di bahagian dahi dipercayai akibat terhentak pada batu penghadang di tepi laut ekoran keadaan arus ombak yang agak kuat.
Mohd Zaidi berkata mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.
Katanya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, manakala lakaran wajah mangsa akan diserahkan kepada media untuk mengesan waris dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan terapung di kawasan laut berhampiran Kampung Tanjung Aru, di Jalan Coastal, Kota Kinabalu petang tadi. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir dijumpai
Mayat ke-31 yang dipercayai kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5 petang dari kawasan kejadian.

Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan di laut Kampung Tanjung Aru
Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan terapung di kawasan laut berhampiran Kampung Tanjung Aru, di Jalan Coastal, Kota Kinabalu petang tadi.