Mayat dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan di Algeria dijangka tiba di tanah air Isnin ini.
Menurut Kementerian Luar, kedua-dua akan diterbangkan sejurus urusan berkaitan dokumen dan forensik yang dijalankan pihak berkuasa negara itu selesai.
Menurut Timbalan Menterinya, A. Kohilan Pillay, kelewatan dalam mengenal pasti identiti mangsa berpunca daripada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi selain perlu mendapat pengesahan pihak berkuasa tempatan.
Beliau menambah proses mengenal pasti mayat dibuat melalui rekod pergigian dilakukan jabatan forensik dan maklumat fizikal diberikan keluarga.
Kedutaan besar Malaysia di Algiers pada Sabtu mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia, Tan Ping Wee terbunuh dalam krisis tebusan di kompleks pengeluaran gas dan minyak Ain Amenas, Timur Algeria.
Sebelum itu mangsa yang ditemui lebih awal ialah Chong Chung Ngen manakala tiga daripada lima rakyat Malaysia, K.Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick Purait Awang yang bekerja di kompleks itu terselamat.
Dalam insiden pada minggu lalu, 130 pekerja dari pelbagai negara menjadi tebusan kumpulan pelampau yang menggempur kompleks berkenaan.
Insiden dipercayai bermotif balas dendam terhadap tindakan Algeria yang membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak di Mali.
Astro Awani
Sun Jan 27 2013

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
Mayat dua tebusan Malaysia di Algeria tiba Isnin ini
Mayat dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan di Algeria dijangka tiba di tanah air Isnin ini.

Kerajaan Algeria mengaku berlaku kesilapan
Kerajaan Algeria mengaku berlaku kesilapan sewaktu menangani krisis tebusan di Ain Amenas.