Kerajaan Algeria mengaku berlaku kesilapan sewaktu menangani krisis tebusan di Ain Amenas.
Menteri luarnya, Mourad Medelci berkata, penilaian sedang dibuat berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dibuat ketika menghadiri forum ekonomi dunia, di Davos, Medelci menegaskan secara keseluruhannya, operasi berkenaan berjaya.
Katanya, Algeria mampu berdepan dengan masalah keganasan dalam negeri secara sendirian bagaimanapun untuk menghadapi ancaman yang sama dalam konteks antarabangsa ia memerlukan kerjasama negara lain.
Dalam operasi yang diadakan, tentera Algeria melakukan dua percubaan untuk mengakhiri drama tebusan selama 4 hari.
Ia bermula dengan serangan udara dengan helikopter dan kemudian disusuli operasi darat.
Ia mengorbankan nyawa 37 tebusan manakala 29 pelampau yang dikaitkan dengan rankaian kumpulan Al-Qaeda berjaya dibunuh.
Tiga daripada mereka berjaya ditawan dua disahkan warga Kanada.