KLANG: Satu mayat dalam guni ditemui di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penemuan itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada jam 6.10 petang.
"Mayat yang mulai reput itu ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.
"Keadaan mayat hanya memakai kain sarung warna biru tanpa baju. Identitinya juga masih belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mayat dipercayai mangsa bunuh itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452.
"Orang ramai juga boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Satu mayat ditemui dalam guni di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang pada Khamis. (Gambar kecil: Vijaya Rao)

KKR harap ada pelarasan SOP untuk baiki jalan negeri, bandaran yang rosak dengan pantas
KKR mengharapkan adanya satu pelarasan SOP untuk membaiki jalan negeri dan perbandaran terutamanya apabila mengalami kerosakan teruk agar dapat dilaksanakan dengan pantas.

Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin
Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.

Polis Marin gagalkan cubaan seludup syabu lebih RM700,000, lima warga Indonesia ditahan
Pasukan Polis Marin mematahkan cubaan menyeludup masuk syabu bernilai lebih RM700,000 ke negara ini melalui perairan Teluk Kumbar.

PM Anwar prihatin, rumah pusaka keluarga di Permatang Pauh dibaik pulih
Seorang wanita yang menjaga dua abangnya yang uzur dan OKU menarik nafas lega apabila rumah mereka di Pekan Permatang Pauh, di sini yang usang sekali lagi mendapat perhatian Perdana Menteri.
AWANI Ringkas: 800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

NIOSH sedia bantu syarikat penerbangan patuhi piawaian kelestarian
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia membantu syarikat penerbangan memenuhi standard kelestarian antarabangsa, khususnya Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon CORSIA
AWANI 7:45 [23/3/2025] – Ahli Parlimen BN Kekal Sokong | Salur Peruntukan | Kad Raya Bukti Silaturahim | Jual Persiapan Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ismail Sabri tetap sokong Kerajaan Perpaduan, nafi 13 Ahli Parlimen tarik sokongan.
- Jaminan bantuan kepada semua sekolah terjejas akibat banjir.
- Kad raya diancam kepupusan, teknologi AI jadi penyelamat.
- Perniagaan fizikal kurang untung, terpaksa buat 'live' tarik pembeli persiapan raya.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ismail Sabri tetap sokong Kerajaan Perpaduan, nafi 13 Ahli Parlimen tarik sokongan.
- Jaminan bantuan kepada semua sekolah terjejas akibat banjir.
- Kad raya diancam kepupusan, teknologi AI jadi penyelamat.
- Perniagaan fizikal kurang untung, terpaksa buat 'live' tarik pembeli persiapan raya.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Matrade sasar teroka pasaran sedang pesat membangun bagi tingkatkan perdagangan negara
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuh dan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.

Pengurusan hotel wakaf perlu jaga imej - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata ia bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pengurusan wakaf umat Islam di negara ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidil Haram
Kualiti ramuan turut dipantau secara teliti, dengan sampel dihantar ke makmal Masjidil Haram untuk analisis menyeluruh.

'Datuk' dan dua anak didakwa sebabkan kematian lelaki warga India
V. Nanta Kumar, 51, serta dua anak lelakinya Miren Ram, 24, dan Krithik Ram, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Punca kematian lelaki ditemukan dalam guni akibat dipukul objek tumpul
Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tu

Masalah kewangan dipercayai punca kerani dibunuh majikan
Masalah kewangan dipercayai punca seorang kerani dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang dekat sini pada Jumaat.

Mayat lelaki disyaki dibunuh ditemukan dalam guni
Penemuan mayat lelaki tanpa identiti itu dilaporkan kepada pihak polis oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.

47 mayat dalam guni ditanam bawah lantai kelab malam
Penemuan mengerikan di Tenango del Valle itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kartel paling ganas dan kejam.

Mayat dalam guni dijumpai di tepi jalan
Mayat yang mulai reput itu ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

Mayat terikat dalam guni: Ada kesan lebam di pipi dan kepala - Polis
Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum tangan dan kaki diikat serta disumbat di dalam guni sebelum dibuang di dalam sungai.