NEW MEXICO: Pihak berkuasa Mexico baru-baru ini menemui sekurang-kurangnya 47 mayat dipercayai mangsa pembunuhan beramai-ramai yang disumbat dalam guni dan ditanam di bawah lantai sebuah kelab malam di Lembah Toluca.
Penemuan mengerikan di Tenango del Valle itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kartel paling ganas dan kejam, Jalisco New Generation Cartel atau CJNG.
Jenayah itu terbongkar susulan penahanan sembilan individu dipercayai anggota CJNG.
Antara yang ditahan ialah ketua kartel, Jaime Luis 'El Pozolero' yang dituduh menculik seorang wanita di Tenancingo tahun lalu.
Kesemua suspek kemudian membawa anggota polis ke sebuah gudang perindustrian yang ditukar menjadi kelab malam di kawasan kejiranan La Joya, kira-kira sejam dari Mexico City.
Polis terpaksa menggunakan jentera berat bagi memecahkan lantai simen di mana kesemua mayat tersebut ditanam.
Pakaian lelaki dan wanita turut ditemui di tapak berkenaan.
"Jumlah sebenar mangsa dan identiti mangsa masih belum diketahui.
"Tetapi 47 mayat telah dibawa keluar untuk pemeriksaan forensik," menurut Setiausaha Pertahanan, Luis Cersencio Sandoval.
CJNG kumpulan kartel paling berpengaruh di Mexico dan salah sebuah kartel terbesar dan paling kejam di dunia dengan cawangannya turut berada di seluruh Amerika Tengah dan Utara.
Menurut laporan Daily News yang berpangkalan di New Mexico, dua bekas rekrut remaja berusia 16 dan 17 tahun memberitahu pendakwa raya bahawa mereka telah dipaksa memakan daging mangsa penyeksaan kumpulan tersebut. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023

Angota forensik menggali tapak di mana 47 mayat mangsa pembunuhan kartel ditemui. - Foto Twitter/@Fiscala Edomx

Pra-Operasi Hari Raya AIdilfitri, 500 bas diperiksa - Loke
Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga hari ini.

Video tular polis tahan lelaki kejadian Januari lepas, telah jatuh hukum
Polis menjelaskan rakaman video seorang lelaki ditahan anggota polis yang tular di media sosial hari ini merupakan kejadian pada 1 Jan lepas dan suspek telah pun dijatuhi hukum di Mahkamah Majistret.

Wanita jangan takut main peranan lebih besar - Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar golongan wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan bagi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara.

KKR harap ada pelarasan SOP untuk baiki jalan negeri, bandaran yang rosak dengan pantas
KKR mengharapkan adanya satu pelarasan SOP untuk membaiki jalan negeri dan perbandaran terutamanya apabila mengalami kerosakan teruk agar dapat dilaksanakan dengan pantas.

Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin
Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.

Polis Marin gagalkan cubaan seludup syabu lebih RM700,000, lima warga Indonesia ditahan
Pasukan Polis Marin mematahkan cubaan menyeludup masuk syabu bernilai lebih RM700,000 ke negara ini melalui perairan Teluk Kumbar.

PM Anwar prihatin, rumah pusaka keluarga di Permatang Pauh dibaik pulih
Seorang wanita yang menjaga dua abangnya yang uzur dan OKU menarik nafas lega apabila rumah mereka di Pekan Permatang Pauh, di sini yang usang sekali lagi mendapat perhatian Perdana Menteri.
AWANI Ringkas: 800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

NIOSH sedia bantu syarikat penerbangan patuhi piawaian kelestarian
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia membantu syarikat penerbangan memenuhi standard kelestarian antarabangsa, khususnya Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon CORSIA
AWANI 7:45 [23/3/2025] – Ahli Parlimen BN Kekal Sokong | Salur Peruntukan | Kad Raya Bukti Silaturahim | Jual Persiapan Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ismail Sabri tetap sokong Kerajaan Perpaduan, nafi 13 Ahli Parlimen tarik sokongan.
- Jaminan bantuan kepada semua sekolah terjejas akibat banjir.
- Kad raya diancam kepupusan, teknologi AI jadi penyelamat.
- Perniagaan fizikal kurang untung, terpaksa buat 'live' tarik pembeli persiapan raya.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ismail Sabri tetap sokong Kerajaan Perpaduan, nafi 13 Ahli Parlimen tarik sokongan.
- Jaminan bantuan kepada semua sekolah terjejas akibat banjir.
- Kad raya diancam kepupusan, teknologi AI jadi penyelamat.
- Perniagaan fizikal kurang untung, terpaksa buat 'live' tarik pembeli persiapan raya.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

47 mayat dalam guni ditanam bawah lantai kelab malam
Penemuan mengerikan di Tenango del Valle itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kartel paling ganas dan kejam.