KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata hasil dapatan itu merupakan susulan proses bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar bedah forensik di Jabatan Forensik Hospital Serdang, semalam.
"Punca kematian mangsa adalah disebabkan 'multiple blunt force trauma' pada seluruh tubuh badan si mati.
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 4 Ogos lepas, mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh ditemukan di lokasi kejadian dan dipercayai telah dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam satu guni plastik berwarna putih.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tumpul. -Gambar fail/Sinar Harian
Kami rakan, bukan musuh AS - Rakyat Kanada
Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Kanada semakin meningkat susulan hubungan tegang dengan AS, malah satu kajian mendapati isu tersebut mendahului senarai isu yang paling merunsingkan rakyat Kanada.
Venezuela, AS setuju sambung penerbangan penghantaran pulang migran
Tindakan itu dibuat di tengah-tengah perbalahan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Venezuela berhubung penerbangan pengusiran pendatang Venezuela ke El Salvador baru-baru ini.
4 maut, enam cedera dalam kebakaran hutan di Korea Selatan
Setakat ini, kira-kira 3,286 hektar tanah, yang seluas hampir 4,600 padang bola sepak, musnah akibat kebakaran itu.
Peringatan kepada masyarakat ancaman perubahan iklim
Sistem saliran terhad tidak mampu menampung jumlah air hujan yang melampau.

Raja Permaisuri Agong santuni asnaf dan ibu tunggal di Johor
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan kurniaan kepada 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabansa Persada Johor.
Dua tren baharu tiba bulan depan
Dua Set Tren Elektrik (ETS) yang dijangka tiba daripada pembekal di China pada April ini, akan mula beroperasi menjelang Ogos.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kedua-dua tren itu akan melalui pemeriksaan selama tiga hingga empat bulan sebelum boleh beroperasi.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kedua-dua tren itu akan melalui pemeriksaan selama tiga hingga empat bulan sebelum boleh beroperasi.

Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan berhubung siasatan rasuah
Sebuah mahkamah di Turkiye pada Ahad memerintahkan penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah terhadap perbandaran metropolitan negara itu.

Pra-Operasi Hari Raya AIdilfitri, 500 bas diperiksa - Loke
Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga hari ini.

Video tular polis tahan lelaki kejadian Januari lepas, telah jatuh hukum
Polis menjelaskan rakaman video seorang lelaki ditahan anggota polis yang tular di media sosial hari ini merupakan kejadian pada 1 Jan lepas dan suspek telah pun dijatuhi hukum di Mahkamah Majistret.

Wanita jangan takut main peranan lebih besar - Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar golongan wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan bagi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara.

Punca kematian lelaki ditemukan dalam guni akibat dipukul objek tumpul
Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tu

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di Seri Kembangan
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Ahad lepas.

'Abang botak' beraya dalam penjara
Hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu semalam.