SEREMBAN: Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata ia berdasarkan hasil siasatan pihaknya setakat ini susulan penahanan tiga suspek sebelum ini.
"Walaupun menyorok kematian, kesalahan itu tetap disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Punca sebenar kematian masih dalam siasatan tetapi difahamkan mangsa menghidap COVID-19 semasa kematian.
"Kita akan tunggu perkembangan siasatan seterusnya bagi memastikan punca kematian sebenar dan apakah pertuduhan sewajarnya diberikan kepada tiga individu yang telah ditahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Pada Rabu lepas, dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman tujuh hari hingga 29 Mac bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut Mohamad, tiga individu berkenaan juga merupakan ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata sekurang-kurangnya empat individu termasuk ahli keluarga lain dan jiran terdekat di kawasan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.
"Sebab kita dapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jadi kita akan terus siasat dan mengenal pasti sebab kematian dan punca kejadian itu boleh berlaku," katanya.
Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kertas siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata tindakan bapa mangsa yang menularkan kes itu dalam media sosial tidak boleh dijadikan bukti forensik kerana perkara yang diperkatakan hanyalah anggapannya sahaja.
"Polis jalankan siasatan secara menyeluruh dengan bantuan forensik bukan sahaja secara individu. Harap keluarga bertenang dan jangan keluarkan kenyataan yang timbulkan salah faham orang ramai," katanya.
Pada 22 Feb lepas, Nour Rania Asyifaa dipercayai tersangkut pada kain buaian ketika sedang tidur di pusat jagaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan oleh pegawai perubatan pada pukul 4.30 petang, selepas pengasuh kanak-kanak itu membawanya ke klinik untuk rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Pada Rabu lepas, dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman tujuh hari hingga 29 Mac bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut
Reman terhadap dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun itu disambung bermula esok hingga 4 April.

Polis menemukan petunjuk baharu kes mayat wanita dalam gaung
Polis berkata, operasi pencarian masih dijalankan di kawasan belukar berhampiran tangki milik Pengurusan Air Berhad, di Taman Bukit Zamrud.

Mayat dalam gaung: Suspek dipercayai sorok kematian
Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung di Seremban Ahad lepas dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya.

Kes mayat wanita dalam gaung, tiga individu direman
Dua lelaki dan seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang dijumpai dalam gaung.