PUTATAN: Mayat seorang lelaki berusia 40 tahun akhirnya ditemui terapung pada jam 9.15 pagi selepas 16 jam operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba dan polis di sungai Kampung Imbahan bermula pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa yang dikenali sebagai Lasibi Lawahidu ditemui pasukan penyelamat 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan dron dari Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah.
"Pada jam 9.15 pagi tadi, pasukan penyelamat SAR berjaya menemukan mangsa dalam keadaan terapung dengan jarak 300 meter daripada lokasi di mana mangsa dilihat tenggelam ketika menyelamatkan anaknya semalam.
"Mangsa telah dikeluarkan dari sungai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut," Haris berkata demikian ketika ditemui media di lokasi kejadian, hari ini.
Sebelum itu, dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, Lasibi Lawahidu yang sedang memancing dilaporkan terjun ke dalam sungai selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki bersama anaknya Mushab Umair Lasibi, 5, tahun secara tiba-tiba bergerak menuju ke dalam sungai.
Mangsa walau bagaimana pun sempat mengeluarkan anaknya daripada kereta sebelum dibantu oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian.
Bagaimanapun ketika seorang lelaki awam menyambut kanak-kanak tersebut, Lasibi dikatakan tiba-tiba hilang dan dipercayai tenggelam.
Kejadian tersebut membawa kepada operasi menyelamat yang disertai oleh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, PGU, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta penduduk kampung.
Sementara itu, Haris turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kejadian kanak-kanak lemas menurut beliau juga pernah berlaku di kawasan itu dua tahun yang lepas.
"Dua tahun lalu, kejadian yang hampir sama turut berlaku membabitkan kanak-kanak lemas di kawasan yang sama. Kita khuatir mungkin akan berlaku kejadian sama di masa hadapan.
"Polis menasihatkan penduduk di sekitar Putatan agar tidak melakukan aktiviti riadah seperti memancing di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian serupa berulang," Haris menambah.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon Mar 27 2023

Mangsa ditemukan lemas kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan hilang. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mayat bapa ditemui 16 jam selepas selamatkan anak terperangkap dalam kereta
Kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi sungai tergelongsor sendiri ke sungai di mana anak mangsa lelaki berusia lima tahun berada di dalamnya.