Kementerian Kesihatan (KKM) pada Khamis menutup pengoperasian Mawar Medical Centre (MMC) di sini setelah mendapati pusat perubatan itu gagal mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan premis tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan penguatkuasaan itu diambil dengan waran selepas penguatkuasaan dijalankan di pusat perubatan tersebut.
"Lesen Mawar Medical Centre dibatalkan pada 14 Dis tahun lepas. Mawar Medical Centre juga didapati gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk memastikan semua pesakit dialisis daripada Mawar Medical Centre mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta atau pusat hemodialisis swasta lain yang berlesen selaras dengan ketetapan Peraturan 320(c), Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006.
"Malah, kementerian mendapati Mawar Medical Centre menampal notis di premis itu, memaklumkan antara lain hanya akan menyediakan rawatan dialisis sehingga 14 Feb 2019 dan menasihatkan semua pesakit membuat perancangan sendiri bagi mendapatkan rawatan dialisis di hospital atau kemudahan jagaan kesihatan lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau menjelaskan pihaknya amat prihatin dan mengambil pelbagai langkah untuk membantu menyelesaikan isu pelesenan dihadapi MMC susulan peletakan jawatan semua pengamal perubatan pakar kecuali seorang pakar nefrologi yang berkhidmat di premis tersebut pada 5 Nov tahun lepas.
"Antara langkah dimaksudkan termasuk lapan sesi perjumpaan bersama pengurusan dan wakil pihak Mawar Medical Centre dari November tahun lepas sehingga Januari 2019.
"Kementerian ingin menegaskan penutupan Mawar Medical Centre ini tidak melibatkan 13 cawangan pusat hemodialisis lain yang dilesenkan di bawah Pusat Hemodialisis Mawar (PHM).
"Pihak PHM boleh mengemukakan permohonan pindahan hak milik lesen bagi 13 cawangan tersebut kepada mana-mana badan bukan berasaskan keuntungan yang lain secara berasingan supaya bantuan kewangan dan subsidi pesakit-pesakit hemodialisis tidak terjejas," katanya.
Dr Dzulkefly berkata bagi memastikan kesinambungan proses rawatan hemodialisis pesakit MMC, KKM telah mengenal pasti pusat-pusat hemodialisis alternatif yang akan digunakan untuk menyambung rawatan pesakit tersebut.
"Kementerian akan mengambil segala inisiatif untuk memastikan proses penempatan pesakit ke pusat-pusat alternatif berjalan lancar," katanya.
Bernama
Thu Feb 14 2019
Dzulkefly berkata tindakan penguatkuasaan itu diambil dengan waran selepas penguatkuasaan dijalankan. -Bernama
Beribu-ribu bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB
Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan bertoleransi dengan sebarang perbuatan buli terhadap kakitangannya.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).
ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing
Sebanyak 27 program ILKKM di seluruh negara menerima akreditasi MQA - bukti komitmen tinggi ILLKM kepada kecemerlangan dalam segala aspek.
Literasi kesihatan rendah bebankan individu, sistem kesihatan negara - Dzulkefly
Kadar literasi kesihatan rendah dalam kalangan masyarakat boleh digambarkan sebagai wabak Penyakit Tidak Berjangkit yang membebankan individu, keluarga dan masyarakat termasuk sistem kesihatan.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Pencemaran di kawasan Sungai Pandan terkawal, tiada kes dimasukkan ke hospital
Hingga kini isu pencemaran bau itu hanya membawa kesan terhadap mangsa dengan gejala seperti batuk, pening kepala, kerengsaan atau loya.
46 kes disyaki mpox disahkan negatif
KKM mengesahkan 46 kes yang disyaki virus cacar monyet atau mpox di Malaysia adalah negatif.
Sambutan Hari Kebangsaan luar biasa, satu padukan rakyat Malaysia
Gobind berkata kehadiran rakyat Malaysia yang sangat ramai membuktikan sambutan berkenaan meriah serta menonjolkan semangat kebersamaan.
Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.
KKM sahkan tiada krisis insulin, bekalan cukup hingga hujung tahun
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit, dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini.