PETALING JAYA: Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan seorang mangsa berusia 29 tahun itu telah meninggal dunia di wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada jam 3.58 pagi.
"Mangsa memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas pada jam 3.29 pagi, Ahad.
"Mangsa kemudian dihantar ke pusat perubatan itu dan telah dimasukkan ke zon kecemasan bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada Rabu semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa ditalian 019-3318339 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022
Keadaan kenderaan dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan
Raja Shahrul Zaman Raja Kamaredzuan, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikal dan dompetnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
Papan iklan terbakar: Bomba selamatkan sembilan mangsa
Seramai sembilan individu diselamatkan dalam kejadian kebakaran sebuah papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan tengah hari Jumaat.
Penghantar makanan maut, motosikal bergesel bas
Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas di Lebuhraya Persekutuan.
Polis cari pemandu 4WD pandu melulu di Lebuhraya Persekutuan
Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan pacuan empat roda tersebut dipandu dalam keadaan melulu.
Polis cari saksi kemalangan di Lebuhraya Persekutuan
Dalam kejadian kira-kira jam 4.52 pagi itu, seorang pemandu sebuah kereta parah, manakala empat lagi individu cedera.
Wanita maut, dipercayai dilanggar semasa melintas Lebuhraya Persekutuan
Seorang wanita maut selepas dipercayai dilanggar sewaktu dia melintas jalan di Kilometer (KM) 7 Lebuhraya Persekutuan malam tadi.
Maut selepas empat hari bertarung nyawa
Mangsa memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas pada jam 3.29 pagi, Ahad.
Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan
Lelaki itu enggan bekerjasama bertindak memecut laju untuk meloloskan diri namun berjaya diberkas tidak lama kemudian.
Kereta guna lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, pemandu ditahan
Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih telah menggunakan lorong motosikal.
Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 37 tahun dipercayai dilanggar dari belakang.