KUALA LUMPUR: Seramai sembilan individu diselamatkan dalam kejadian kebakaran sebuah papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan tengah hari Jumaat.


Ringkasan AI
  • Sembilan individu diselamatkan dalam kebakaran papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan pada tengah hari Jumaat.
  • JBPM Selangor menyerahkan semua mangsa kepada pasukan perubatan KKM untuk tindakan lanjut.
  • Kebakaran dilaporkan pada jam 1.15 tengah hari dan berjaya dipadamkan oleh 17 anggota bomba, operasi tamat pada jam 3.45 petang.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, semua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Menurut Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II, Rosman Majid, Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut pada jam 1.15 tengah hari.

“Dua jentera dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 17 orang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kebakaran melibatkan papan iklan besar.

“Anggota kemudian terus memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat kira-kira jam 3.45 petang,” katanya.