IPOH: Gerakan pembangunan ummah perlu diberi nafas baharu dengan nilai-nilai kontemporari melalui usaha yang lebih segar, lebih berstrategi, penuh berwawasan serta seiring dengan arus perubahan dan kemajuan yang kian pesat.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sudah menjadi sunnah, yang lama perlu diperbaharui agar kehendak dan keperluan semasa dapat dipenuhi.
Sehubungan itu, titah baginda, golongan belia perlu diberikan kepercayaan berada di barisan hadapan, menyuntik dinamisme baharu, berperanan secara ketara sebagai pemangkin pembaharuan (game changer).
"Kita perlu berani mewasiatkan tanggungjawab lebih besar kepada tenaga muda, agar tenaga muda, berpeluang berperanan lebih aktif dan lebih efektif, menterjemahkan idealisme kepada realiti, berkompas minda yang dahagakan pembaharuan, menyuburkan pemikiran intelek dengan daya analitis, daya kritis, daya kreatif dan daya inovatif, mengetengahkan perspektif yang berbeza dalam menyelesaikan masalah melalui perekayasaan dan pemikiran semula kaedah-kaedah lama yang semakin usang," kata baginda.
Baginda bertitah pada Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, pada Ahad.
Titah baginda, Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam membimbing belia agar sentiasa taat kepada Allah, pemimpin, sayang kepada negara, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, bersih jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan.
Baginda bertitah, Rasulullah SAW telah meletakkan pemuda di kedudukan istimewa serta membimbing dan mencorakkan mereka agar bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Baginda memberi contoh beberapa nama seperti Sayidina Abu Bakar memeluk Islam ketika berusia 38 tahun dan Sayidina Umar al-Khattab memeluk Islam ketika berusia 28 tahun.
Malah, titah baginda, ada di antara mereka yang diberi tanggungjawab penting seperti Itab bin Usaid yang dilantik menjadi pemimpin kota Mekah ketika berusia 21 tahun dan Usamah bin Zaid dilantik memimpin pasukan tentera untuk menentang Kerajaan Rom di Syam ketika berusia 18 tahun.
Titah Sultan Nazrin, ramai pemuda berusia di bawah 30 tahun menjadi pengikut awal Nabi Muhammad dan berada di barisan hadapan, gigih memperjuangkan dakwah Islamiah, membawa panji-panji Islam, berperanan sebagai panglima untuk memimpin kaum Muslimin.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 09 2022
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Ramli Yusof (kiri) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto BERNAMA
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Sultan Nazrin berkenan rasmi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf - Sultan Nazrin
Usaha Malaysia memupuk perpaduan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara di Tronoh.
Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad
Sultan Nazrin melancarkan buku -Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration- hari ini.
Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak 2024 hari ini.