Dr Maszlee Malik, yang dinamakan sebagai Menteri Pendidikan dalam Kabinet baru Tun Dr Mahathir Mohamad, bertekad menambahbaik sistem pendidikan sedia ada yang dilihat cenderung berorientasikan peperiksaan.
Beliau juga mahu memastikan wujud sistem sokongan bagi memastikan sektor pendidikan negara ini mampu diangkat ke peringkat antarabangsa serta menjadikan rakyat lebih berdaya saing.
"Sistem pendidikan kita yang sedia ada perlukan penambahbaikan lagi. Sistem sebelum ini dikatakan terlalu berteraskan peperiksaan, agak 'rigid' dari segi regimentasinya.
"Sistem negara maju lebih ke hadapan, memandangkan mereka lebih mementingkan konsep pembentukan 'character', menghasilkan individu yang lebih berinovasi dan kreatif sebagai contoh," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI di sini, malam tadi.
Ujar ahli Parlimen Simpang Renggam itu, peluang pendidikan yang berkualiti di negara ini harus dinikmati secara saksama oleh semua lapisan masyarakat, termasuk golongan kurang berkemampuan, baik di luar bandar mahu pun di dalam bandar.
Mengulas lanjut, Maszlee menjelaskan, Pakatan Harapan amat komited dalam melaksanakan segala yang dijanjikan melalui manifesto untuk sektor pendidikan.
BACA: PM umum 9 lagi menteri Kabinet, Azmin, Maszlee Malik antara tersenarai
"Kita ada beberapa janji dalam manifesto Buku Harapan, di mana kita mahu mewujudkan sistem sokongan seperti teaching assistant, mengecilkan kelas, meringankan beban guru dan sebagainya.
"Tetapi yang penting, kunci produktiviti dan inovasi guru, tenaga pendidik, tenaga akademik, ialah kebahagiaan.
"Untuk kita bawa sistem pendidikan kita ke era baru, yang mana pembelajaran dan pengajaran akan jadi menyeronokkan dan menggembirakan," ujarnya lagi.
Dilahirkan di Johor Bahru, Maszlee, 44 tahun, merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan pernah berkhidmat untuk beberapa badan pemikir, termasuk IDEAS.
Beliau mengakui langsung tidak menjangkakan akan dinamakan sebagai ahli Jemaah Menteri yang baharu di bawah Dr Mahathir.
"Saya masih lagi terkejut kerana saya hanya tahu petang tadi, sewaktu membawa mak saya ke klinikā¦ anak-anak yang beritahu, dan saya terima banyak panggilan telefon.
"Mungkin di pihak parti, Pakatan Harapan dan Tun sendiri, masing masing mempunyai keputusan dan kebijaksanaan tersendiri," katanya yang lebih dikenali sebagai ahli akademik dan pendakwah.
Maszlee merupakan antara empat Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinamakan dalam Kabinet baharu oleh Perdana Menteri pada Jumaat.
Firdaus Azil
Fri May 18 2018
Maszlee ketika dalam temubual bersama Astro AWANI malam tadi.
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).