Sebanyak 29,754 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 November, dengan peningkatan lebih 11,000 kes berbanding tahun 2012 yang mencatatkan 18,268 kes.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kerana denggi bukanlah satu wabak yang boleh dianggap enteng kerana mampu meragut nyawa.
Jumlah kumulatif kes kematian akibat demam denggi setakat ini meningkat 61 berbanding 32 kematian pada 2012.
409 lokaliti aktif wabak denggi dipantau di seluruh negara dan jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah dilaporkan setakat ini. Daripada jumlah itu, 72 lokaliti berisiko dicatat di Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, peningkatan kes demam denggi sukar dibendung kerana kurangnya kerjasama daripada masyarakat.
"Masalah di malaysia pengetahuan tentang cara jangkitan denggi dan cara macam mana penyakit ini merebak luas tidak dititik beratkan oleh rakyat.
"Kalau tiap-tiap rakyat malaysia boleh mengubah sikap, mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes. kita boleh berjaya di dalam usaha ini," kata Subramaniam.
Masyarakat seharusnya perlu sedar bahawa kawalan terhadap wabak maut ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa tempatan saja.
Mengulas lanjut mengenai wabak denggi ini, Ketua Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah menjelaskan bahawa bukan hanya kebersihan didalam dan diluar rumah perlu dititik beratkan sebaliknya kebersihan di tapak-tapak pembinaan juga perlu diambil berat.
"Di kawasan tapak pembinaan tidak kira yang masih aktif atau tidak aktif mungkin terdapat air bertakung yang boleh membiak nyamuk aedes," kata Dr Hayati ketika menjadi tetamu Awani 745 yang membincangkan tentang wabak denggi.
Ikuti video perbincangan beliau.
Astro Awani
Mon Nov 11 2013
![Masyarakat masih tidak sedar bahaya wabak denggi Masyarakat masih tidak sedar bahaya wabak denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61384175494_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719401136_MosquitoAEDES.jpg)
Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719351439_DrKasemaniEmbong.jpg)
JKNT rancang tambah tujuh lokasi Terengganu bebas asap rokok
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merancang untuk menambah tujuh lagi kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di seluruh negeri sebelum akhir tahun ini.
![Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718689911_BPBIORE.jpg)
Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.
![Empat kes kematian akibat denggi di Ipoh, peningkatan kes 285.1 peratus Empat kes kematian akibat denggi di Ipoh, peningkatan kes 285.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681298026_MosquitoAEDES.jpg)
Empat kes kematian akibat denggi di Ipoh, peningkatan kes 285.1 peratus
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, sehingga 25 Mei lalu, sebanyak 2,380 kes denggi dilaporkan.
![Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716176397_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
![WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003 WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715850101_genericvaksin.jpg)
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
![Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020690_AEDES.jpg)
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
![8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi 8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696481353_MuhammadRadzi.jpg)
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
![Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673924399_denggi.jpg)
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
![Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670554510_denggi.jpg)
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).