KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merancang untuk menambah tujuh lagi kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di seluruh negeri sebelum akhir tahun ini.
Pengarah berkenaan Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya telah mengenal pasti satu lokasi di setiap tujuh daerah yang belum mempunyai TBAR dan dokumentasi juga telah disiapkan.
"Selepas ini ia akan masuk perbincangan di peringkat daerah bersama Pegawai Daerah dan ketua jabatan sebelum dibawa ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Sejak diperkenalkan pada 2018, hanya ada satu lokasi TBAR di Terengganu setakat ini iaitu di Pantai Batu Buruk di daerah ini. Proses mewartakan TBAR yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai ini sedikit memakan masa kerana perlukan libat urus dengan kerajaan negeri dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Pantai Batu Buruk, di sini pada Selasa.
Tujuh lokasi tersebut ialah Taman Bandar Chukai di Kemaman, Arena Merdeka Dungun (Dungun), Pantai Pulau Kekabu (Marang), Pasar Awam Kuala Berang (Hulu Terengganu), Persisiran Pantai Teluk Ketapang (Kuala Nerus), Kawasan Jeti Pelancongan Merang (Setiu) dan Kota Putera Kampung Raja (Besut).
Mengenai TBAR sedia ada, beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan notis sebanyak 7,800 atas kesalahan merokok membabitkan 5,409 jumlah kompaun bernilai RM1.35 juta.
Sementara itu, Kasemani berkata Terengganu mencatatkan peningkatan 5.9 peratus kes Denggi setakat Jun tahun ini berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 125 kes.
Bagaimanapun, beliau berkata negeri itu tidak mencatatkan jumlah wabak Denggi yang teruk selain lima kes yang menurutnya terkawal dan telah tamat membabitkan masing-masing dua kes di Marang dan Besut serta satu di Hulu Terengganu.
"Kita juga tidak mencatatkan sebarang kematian akibat Denggi pada tahun ini berbanding satu kematian yang direkodkan tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Dr Kasemani (kiri) bersama pegawai memberi penerangan kawasan larangan merokok kepada Roslida (dua kanan) pada pada Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Medan Selera Batu Pantai Burok. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.