Masyarakat di negara ini disaran mempelajari dan menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi serta menyantuni golongan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, kata Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak, Amir Hamidi Abdul Manan.
Beliau berkata langkah itu juga dapat mengelakkan golongan OKU pendengaran tersisih dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan.
"Ia (bahasa isyarat) merupakan bahasa yang perlu dikembangkan, dibangunkan serta didedahkan penggunaannya termasuk kepada mereka yang normal kerana ia adalah bahasa pertuturan," menurut Amir Hamidi dalam bahasa isyarat yang kemudian diterjemahkan secara lisan oleh jurubahasa isyarat pada program itu.
Amir Hamidi menjadi panel dalam sesi perkongsian bersama Children of Deaf Adult (CODA) - 'Isu, Cabaran dan Keperluan' yang merupakan antara pengisian program Kempen Kesedaran Orang Pekak anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan pusat membeli-belah Nu Sentral di sini, pada Ahad.
Beliau berkata kemudahan teknologi pada masa ini juga dapat membantu masyarakat mempelajari bahasa isyarat dengan mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 22 2019

AMIR: Ia (bahasa isyarat) merupakan bahasa yang perlu dikembangkan, dibangunkan serta didedahkan penggunaannya termasuk kepada mereka yang normal kerana ia adalah bahasa pertuturan. - BERNAMA
Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & kemeriahan 'Spice Bazaar'
Turkiye mempunyai sejarah yang sangat kaya dan panjang, dari zaman Empayar Byzantine hingga Empayar Uthmaniyyah, dengan banyak tapak bersejarah seperti yang mampu menarik pelancong dari seluruh dunia. Telusuri tiga lokasi menarik ke Masjid Eyup Sultan, Bukit Pierre Loti dan Spice Bazaar.
Warisan Di Samudera Biru
Saksikan inisiatif Rigs-To-Reef PETRONAS melindungi warisan marin dengan mengguna semula struktur pelantar minyak yang dinyahtauliah menjadi habitat marin yang menyokong ekosistem hidupan laut.

Proses bawa masuk warga Palestin: K'jaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini.
Didi & Friends, Hawa dalam Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut
Astro Fibre perkukuh pengalaman internet di rumah dengan kempen terbaru Wifi Kencang Tak Sangkut-Sangkut yang menampilkan ikon kegemaran kanak-kanak, Didi and Friends bersama duta Astro Fibre, kakak kencang, Hawa Rizwana.
Muhibbah budayakan rahmah, bukan marah-marah
Irfan Faruqi menemubual Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menjurus kepada isu muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang agama di negara ini menerusi penganjuran Majlis Iftar Muhibah 2025 di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.

CTOS ajak rakyat Malaysia periksa skor kredit dalam kempen 'Kredit Kau Hijau'
Agensi pelaporan kredit swasta, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) mengajak rakyat Malaysia untuk memeriksa skor kredit mereka dengan pelancaran kempen terbaharunya, Kredit Kau Hijau.
Kabinet akan teliti cadangan had tempoh jawatan PM
Kabinet akan meneliti cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kerana ia melibatkan Pindaan Perlembagaan, kata Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil.
Ismail Sabri rakam percakapan lebih 6 jam DI SPRM
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kereta jenis Vellfire berwarna hitam pada pukul 9.57 pagi untuk hari keempat merakam keterangan.

Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angkat syarikat korporat, GLC - Fahmi
Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dibentuk menjelang sambutan HAWANA - Fahmi
Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat dibentuk menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini.

Masyarakat disaran belajar, kuasai bahasa isyarat
Langkah itu juga dapat mengelakkan golongan OKU pendengaran tersisih dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan.