KUALA LUMPUR: Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) menawarkan diri untuk menyertai kumpulan perbincangan yang bakal dibentuk kerajaan bagi mengkaji semula gaji perkhidmatan awam seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MASTI dengan keahlian seramai 10,000 orang dalam kenyataan semalam memaklumkan sejak 12 tahun lepas, majlis berkenaan telah memainkan peranan aktif dengan mencadangkan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan di peringkat universiti mahupun kebangsaan.
"MASTI menyambut baik saranan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya bermula minggu hadapan.
"Jika dilihat kepada tempoh terakhir gaji penjawat awam dinilai semula sudah menjangkau lebih 10 tahun, sudah tentu kajian dan pelaksanaan Skim Gaji Baharu Penjawat Awam akan menggembirakan lebih daripada 1.7 juta orang yang berada di dalam perkhidmatan hari ini," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri pada Jumaat lepas menyatakan kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara, dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.
Anwar berkata keputusan berkenaan berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013 dan beliau bersetuju dengan cadangan untuk memulakan pasukan mengkaji bagi tujuan itu.
Sementara itu, MASTI menyatakan antara cadangan yang pernah dikemukakannya termasuk mewujudkan skim perjawatan perkhidmatan awam yang bersifat 'schemeless' atau tanpa skim perkhidmatan, selari dengan 32 inisiatif pembaharuan dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pembaharuan sektor awam.
Menurutnya, perjawatan tanpa skim yang lebih komprehensif dan berdaya saing adalah untuk menarik, membangun dan mengekal bakat terbaik dengan mewujudkan peluang semua skim menikmati gred tertinggi sebelum bersara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Antara cadangan yang pernah dikemukakan MASTI termasuk mewujudkan perjawatan perkhidmatan awam tanpa skim, selari dengan 32 inisiatif pembaharuan dicadangkan JPA bagi pembaharuan sektor awam. - Gambar pragmatis.usim.edu.my
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Kerajaan akan terus tegakkan standard integriti tertinggi - PM Singapura
Wong berkata semua pegawai awam bertanggungjawab dan tiada sesiapa yang terlepas daripada pengawasan atau di atas undang-undang.
Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam
Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental.
Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.
Penjawat awam mengaku tidak bersalah empat pertuduhan kemuka butir matan palsu
Fazlizal Kefli Jaamat, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Tempoh perkhidmatan bukan ukuran penjawat awam dinaikkan pangkat
Tempoh perkhidmatan seseorang penjawat awam bukan satu ukuran atau jaminan untuk mereka dinaikkan pangkat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pulau Pinang dalam penyediaan penyelarasan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam penyediaan peruntukan untuk membuat penyelarasan gaji penjawat awam negeri itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
[KOLUMNIS] Menjulang reformasi perkhidmatan awam Malaysia, memperkasa nilai dan kepimpinan
Perkhidmatan awam dalam alaf ketiga ini perlu disiap siaga dan berupaya mendepani cabaran serta memimpin pendapat rakyat.