KUALA LUMPUR: Tempat-tempat pertemuan masyarakat seperti masjid dan surau boleh dijadikan lokasi sebaran maklumat serta pemberian vaksin di peringkat komuniti.
Kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Ekonomi, Polisi & Pengurusan Kesihatan), Prof Datuk Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, langkah itu dapat mendekati beberapa kumpulan kecil yang masih was-was dengan manfaat dan keperluan vaksinasi, termasuk untuk golongan kanak-kanak.
Jelas beliau, ia bersesuaian dengan masanya ketika kebenaran untuk berjemaah tanpa penjarakan fizikal sudah diberi, dan umat Islam akan memenuhi masjid dan surau tatkala tibanya bulan Ramadan.
“Ini satu cadangan yang baik saya rasa kalau kita dapat berikan tumpuan selain daripada lawatan rumah ke rumah, tapi juga membuat lawatan di pusat-pusat di mana ahli masyarakat bertemu selain daripada masjid dan surau, begitu juga dengan pusat-pusat komuniti yang berada di dalam masyarakat untuk meningkatkan kemungkinan mereka untuk datang.
“Selain daripada itu apabila kempen yang lebih aktif sehingga ke penduduk akar umbi harus kita lakukan supaya masyarakat mendapat maklumat yang benar tentang vaksin.”
Dari segi suntikan vaksin ketika berpuasa, jelas Prof Mohamed Aljunid, ia sudah banyak dibincangkan dan ianya tidak lagi menjadi isu besar.
Pada masa sama, masyarakat tetap harus sentiasa dimaklumkan dan diperjelaskan tentangnya supaya tiada lagi kekeliruan yang timbul, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh penyebaran maklumat yang tidak benar khususnya di media sosial.
Beliau percaya, walaupun ia akan menuntut lebih tenaga manusia dan sumber, ia dapat membantu usaha memperluas capaian vaksinasi ke seluruh pelusuk dan lapisan masyarakat.
“Saya rasa hubungan dengan ahli masyarakat melalui ketua-ketua masyarakat seperti ketua kampung dan penghulu ini amat penting kerana mereka lah yang memberi keyakinan selain daripada maklumat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan.
“Ini boleh kita lakukan dan insya-Allah kita akan mencapai peningkatan liputan ini.”
Tonton temu bual penuh bersama Prof Mohamed Aljunid dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Wed Mar 30 2022

Masjid akan kembali penuh di bulan Ramadan ini.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.