KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan perlu menggunakan kelebihan menjadi sebahagian kepimpinan Persekutuan untuk menyelesaikan segera masalah air yang sudah puluhan tahun membelenggu negeri itu.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis berpandangan, masalah bekalan asas itu tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, khususnya melibatkan peruntukan yang besar.
Katanya lagi, satu penyelesaian antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dicapai bagi memastikan situasi menang-menang.
"Isu ini yang ditekankan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah), apabila memperkatakan RM7 bilion diperlukan oleh Kelantan. (Selain itu), ada masalah-masalah, macam kita kata, 'federal bigotry' terhadap negeri Kelantan, (seperti) bila tak beri bantuan, tak beri peruntukan, atau ada projek-projek yang dibatalkan ketika Kelantan diambil alih oleh Pas.
"Saya rasa kalau masalah ini dulu menjadi masalah kepada negeri Kelantan, maka sekarang ia tidak timbul isu itu. Cuma bagaimana mereka mampu menyegerakan penyelesaian di peringkat pusat dan seterusnya mempercepatkan isu-isu tukar paip atau empangan di Kelantan... itu yang saya rasa perlu sebab (Pas) memerintah sudah 32 tahun, tetapi air ini (masih) menjadi satu masalah.
"Kita pun dengar macam-macam rungutan dan kritikan yang datang daripada pelbagai pihak seperti akademik, rakyat, dan pemimpin. Maka, saya rasa penyelesaiannya adalah secepat mana negeri Kelantan menggunakan kelebihan yang ada itu menyalurkan dana-dana yang diterima ataupun bantuan-bantuan yang boleh diterima di peringkat Persekutuan," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Amar yang memaklumkan Kelantan memerlukan sekitar RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Ia termasuk peruntukan bagi menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer, serta pembinaan loji baharu.
Mengulas lanjut, Mujibu tidak menolak kemungkinan rombakan atau pembaharuan perlu dilakukan dalam pengurusan pentadbiran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
"Saya rasa, kalau penyelesiaan itu memerlukan reform (pembaharuan) dalaman, ia harus dilakukan.
"Sebab kita lihat di mana-mana negeri pun ada masalah tersendiri dalam konteks penyelesaian air.
"Tetapi ada yang menukar macam kita ambil contoh di Selangor, daripada Puas (Perbadanan Urus Air Selangor) tukar kepada Syabas.
"Walaupun ramai yang mengkritik ini penukaran penjenamaan tetapi kita tengok pengurusan air itu boleh diperbaiki. Kita melihat kerjasama erat Syabas, contohnya dengan SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), itu menjadikan pengurusan air di Selangor walaupun ada masalah dalam perjalanan dan pengurusan air, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh diperbaiki," tambah beliau.
Dalam masa yang sama, Mujibu berkata Kerajaan Negeri Kelantan juga harus mencari penyelesaian alternatif terhadap masalah tersebut, dan tidak lagi menggunakan alasan-alasan tidak munasabah seperti mencadangkan agar "mengorek telaga" atau "mandi air sungai".
Tegasnya lagi, masalah air adalah isu hak asasi yang tidak boleh dipandang ringan dengan sekadar menabur janji dalam manifesto setiap kali menjelang pilihan raya.
"Saya rasa rakyat Kelantan sudah muak dengar 'air Kelantan selesai 2020', selepas itu jadi 2023 dan lepas itu jadi 2030.
"Saya rasa ini bukan lagi satu janji yang sekadar untuk mencantikkan manifesto bagi membeli undi," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon May 09 2022

Jelas Mujibu, satu penyelesaian antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dicapai bagi memastikan situasi menang-menang - Gambar hiasan/Pixabay

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak
Perdana Menteri berkata, rundingan tersebut termasuk melibatkan isu-isu mendesak seperti banjir dan tebatan banjir.

Masalah air Kelantan: Pas perlu guna kelebihan jadi kerajaan, rakyat sudah muak
Satu penyelesaian antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dicapai bagi memastikan situasi menang-menang.