KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Malaysia menggubal undang-undang khusus mengenai pengurusan sisa makanan kerana ia akan menunjukkan komitmen negara dalam menangani masalah global yang kritikal itu, kata Ratu Bumi Malaysia 2022 Dr Kajel Kaur Gill.
Dr Kajel Kaur berkata undang-undang baharu mengenai pengurusan lebihan makanan telah lama terhenti di Malaysia dan berharap kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan segala usaha yang diperlukan untuk menggubal undang-undang bagi menggalakkan amalan mampan rantaian bekalan makanan.
"Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang lazat dan tanpa disedari, kita membuang makanan yang boleh dimakan sehingga menyumbang kepada pembaziran makanan.
"Justeru, satu-satunya cara untuk menghentikan tabiat membazir makanan dalam kalangan masyarakat adalah dengan melaksanakan undang-undang berkesan yang boleh menggalakkan amalan mampan.
"Menggubal undang-undang mengenai sisa makanan di Malaysia akan menyediakan rangka kerja yang komprehensif dalam menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi," katanya sambil menambah bahawa ia juga selaras dengan komitmen negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), termasuk SDG 12, yang memberi tumpuan kepada penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab.
Dr Kajel memberitahu Bernama semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini bagi mengumumkan perkembangan pertandingan ratu cantik 'Ratu Bumi Malaysia 2023'.
Turut hadir ialah pengarah kebangsaan pertandingan itu, Joshua Benedict.
Sebagai permulaan, katanya, restoran di Malaysia boleh meletakkan papan tanda seperti 'makan apa yang anda boleh' atau 'jangan terlalu teruja dengan hidangan' sebagai langkah bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang sisa makanan.
Perancis menerima pakai undang-undang untuk menangani sisa makanan 2016 dan ia didapati berkesan, katanya.
Sementara itu, Dr Kajel Kaur, yang merupakan pemegang lesen pertandingan ratu cantik Ratu Bumi Malaysia 2023, berkata pertandingan ratu cantik Ratu Bumi Malaysia 2023 akan diadakan pada Ogos tahun ini dengan pemenang akan mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa yang akan diadakan di Vietnam pada akhir tahun.
Pencinta haiwan kelahiran Ipoh itu mengasaskan pertubuhan bukan kerajaan yang digelar 'No Strays On Streets' bagi memastikan haiwan terbiar diberi makan, diberi vaksin, diselamatkan, dikebiri dan memiliki tempat tinggal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
![Masa tepat untuk Malaysia gubal undang-undang pengurusan sisa makanan - Ratu Bumi Malaysia 2022 Masa tepat untuk Malaysia gubal undang-undang pengurusan sisa makanan - Ratu Bumi Malaysia 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681017689_TBRATUBUMI.jpg)
Dr Kajel Kaur berkata undang-undang baharu mengenai pengurusan lebihan makanan telah lama terhenti di Malaysia. - Gambar/ Instagram @kajel_kaur
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Masa tepat untuk Malaysia gubal undang-undang pengurusan sisa makanan - Ratu Bumi Malaysia 2022 Masa tepat untuk Malaysia gubal undang-undang pengurusan sisa makanan - Ratu Bumi Malaysia 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681017689_TBRATUBUMI.jpg)
Masa tepat untuk Malaysia gubal undang-undang pengurusan sisa makanan - Ratu Bumi Malaysia 2022
Sudah tiba masanya untuk Malaysia menggubal undang-undang khusus mengenai pengurusan sisa makanan, kata Ratu Bumi Malaysia 2022 Dr Kajel Kaur Gill.
![Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599405187_DRNISHATHAYANATHAN.jpg)
Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.