Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau dan lebih baik untuk didiami.
Justeru itu, doktor perubatan di Hospital Putrajaya berusia 28 tahun itu akan berusaha mengekalkan ekosistem dengan mengurangkan sisa buangan seperti plastik dengan menanam lebih banyak pokok serta menghasilkan tuala wanita biodegradasi atau mudah urai jenama sendiri.
"Sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, saya mahu mengutarakan lebih banyak isu alam sekitar, aspek aktiviti manusia yang menjejaskan persekitaran biofizik untuk mengekalkan ekosistem.
"Alam semulajadi kaya dengan warna-warni, bentuk serta elemen, ia perlu seiringan dalam mewujudkan keseimbangan," katanya kepada Bernama selepas dimahkotakan secara rasmi dalam satu majlis di sini, pada Ahad.
Dr Nisha, yang menjalankan program kesihatan amal komuniti dan mempunyai 38,000 pengikut Instagram berkata Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) telah menanam lebih 20,000 pokok hutan untuk menyelamatkan alam sekitar, justeru beliau akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi menanam lebih banyak pokok.
Ketika ditanya sumber inspirasinya untuk menghasilkan tuala wanita mudah urai jenamanya sendiri, doktor yang bertugas di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Putrajaya itu berkata beliau telah menemukan banyak tuala wanita yang tidak mudah terurai sekali gus memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.
"Setiap tahun kira-kira 2.4 bilion keping tuala wanita dihasilkan di Malaysia. Ia adalah jumlah yang besar dan sebab itu tercetusnya idea ini. Saya merasakan apa sahaja yang akan dihasilkan ia perlulah lestari dan memelihara alam sekitar.
"Tuala wanita mudah urai ini akan terurai dalam masa enam bulan kerana setiap lapisan diperbuat daripada gentian tumbuh-tumbuhan mudah urai.
"Sedangkan tuala wanita biasa mengandungi sehingga 90 peratus plastik dan tidak akan terurai untuk 600 hingga 800 tahun atau hampir 1,000 tahun," kata ratu cantik yang aktif dalam kerja kemasyarakatan itu.
BACA: Ratu cantik kembali bertugas sebagai doktor, bantu perangi pandemik COVID-19
Dr Nisha berkata beliau akan menerajui inisiatif untuk menyumbang tuala wanita biodegradasi kepada golongan kurang berkemampuan dan masyarakat Orang Asli bagi menggalakkan penjagaan kebersihan ketika tempoh menstruasi menerusi kempen 'beli satu, sumbang satu'.
Ditanya bagaimana beliau menyeimbangkan kehidupan profesional sebagai doktor dan aktivis sosial ketika pandemik COVID-19, doktor itu berkata, "Saya percaya jika anda menyukai apa yang anda lakukan, tidak akan ada keluhan dan menangguhkannya".
"Saya suka dengan kerja saya. Benar, ada ketika saya bekerja 36 jam berturut-turut dan apabila pulang ke rumah masih meneruskan rutin harian tetapi saya tekad tentang apa yang saya mahukan dalam hidup ini.
"Yang penting, semuanya mengenai keseimbangan dan bagaimana anda menjadualkan aktiviti dengan sewajarnya," kata anak kelahiran Seremban dan lulusan Universiti Malaysia Sarawak itu.
Dr Nisha berkata terdapat salah faham dalam kalangan ibu bapa yang berpandangan pertandingan ratu cantik memberi pengaruh tidak baik kerana memberi gambaran tertentu terhadap wanita yang tidak mendatangkan sebarang faedah.
"Pada saya ada pertandingan ratu cantik yang menyerlahkan bakat seseorang wanita itu (dandanan, pengucapan awam, jaringan dan membina keyakinan) di samping mewujudkan platform untuk mereka berbuat amal.
"Pertandingan ratu cantik yang sihat sepatutnya menjadikan seseorang gadis mempunyai keazaman untuk meningkat maju, bukan meremehkannya," katanya yang akan berentap dengan peserta daripada 80 negara pada pertandingan Ratu Bumi di Filipina tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020
Dr Nisha akan berentap dengan peserta daripada 80 negara pada pertandingan Ratu Bumi di Filipina tahun depan. --fotoBERNAMA
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.