KUALA LUMPUR : Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelasnya, ini kerana negara memerlukan sedikit masa lagi untuk memastikan pengukuhan aliran tunai dan ekonomi yang lebih stabil.
"Betul, situasi ekonomi, prestasi perdagangan dan pelaburan semakin mencatatkan pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Kita berada di landasan yang cukup kukuh untuk memastikan rakyat mendapat pekerjaan, syarikat mendapat peluang baharu.
"Namun, kita memerlukan sedikit masa lagi (untuk mengadakan PRU15) kerana sebahagian besar baharu nak memulakan perniagaan, aliran tunainya baru dapat diperkukuhkan kerana pembukaan sempadan.
"Jadi saya kira, mungkin masa yang sesuai adalah setelah keadaan ekonomi lebih stabil, prestasi ini dapat kita kekalkan momentumnya, sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum Perdana Menteri memikirkan, setelah berbincang dengan rakan-rakan di dalam jemaah menteri, masa yang sesuai untuk kita serahkan mandat kepada rakyat untuk memikirkan masa depan negara," katanya semasa menjadi tetamu program Agenda AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, pelabur-pelabur mahukan kestabilan politik sesebuah negara yang menjadi destinasi pelaburan.
"Dalam konteks ini, walaupun kita mengalami beberapa perubahan pentadbiran dalam tiga tahun ini, tetapi harus diingat sistem demokrasi negara Malaysia dan institusi demokrasi Malaysia masih kuat, sebab itu ia memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa pentadbiran yang mengambil alih pentadbiran yang lama itu masih berpegang kepada prinsip dan nilai-nilai demokrasi," jelasnya.
Katanya lagi, Malaysia yang mempunyai infrastruktur yang baik selain tenaga buruh mahir, menunjukkan negara sudah bersedia menerima pelaburan yang berkualiti.
Rahimah Abdullah
Mon Aug 29 2022

Mohamed Azmin berkata, masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).

'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.

Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.

Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.