KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.
"Semoga roh Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah," katanya menerusi akaun Twitter @AzminAli pada Isnin.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama ketika dihubungi hari ini, anak Allahyarham, Felina mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 7.45 pagi tadi kerana sakit tua.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Zohor, hari ini.
Syarikat hartanah milik Allahyarham ditukar nama kepada MK Land Holdings Bhd selepas disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) pada Ogos 1999.
Allahyarham Mustapha Kamal yang dilahirkan di Kampung Changkat yang terletak di Pusing, Perak, pernah mendapat jolokan sebagai 'Raja Perumahan Mampu Milik' kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak.
Pada awal kerjaya, siswazah Universiti Malaya dan penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Hartanah Lestari) dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Kehormat Doktor Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Teknologi MARA itu antara lain pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Petaling bagi tempoh 1971 hingga 1976.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Tanah dan Galian, Selangor pada 1978 sebelum menyertai sektor swasta dalam bidang hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
![Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658729050_TanSriMustaphaKam.jpg)
Allahyarham dilahirkan di Kampung Changkat yang terletak di Pusing, Perak, pernah mendapat jolokan sebagai 'Raja Perumahan Mampu Milik' kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak. - Gambar fail
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Jenazah Mustapha Kamal selamat dikebumikan Jenazah Mustapha Kamal selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658733316_MustaphaKamalMKL.jpg)
Jenazah Mustapha Kamal selamat dikebumikan
Allahyarham meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.
![Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658728609_TanSriMustaphaKam.jpg)
Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya
Pengasas pemaju hartanah Emkay, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, merupakan individu yang sangat menghargai peranan media dalam perniagaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MPi Datuk Chamil Wariya.
![Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658729050_TanSriMustaphaKam.jpg)
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
![Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658711111_TanSriMustaphaKam.jpg)
Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor
Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini selepas solat Zohor.
![Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658711111_TanSriMustaphaKam.jpg)
Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia
Pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara awal pagi Isnin.