KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di sebalik kawasan kilang di Desa Tun Razak di sini sejak sebulan lalu terbongkar apabila markasnya diserbu polis pada Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata seramai 25 individu ditahan dalam serbuan pada jam 4 petang itu.
"Kita telah menahan 11 individu termasuk dua wanita warga tempatan, tangkapan selebihnya melibatkan warga China," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Isnin.
Zainuddin berkata sindiket itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti penipuan yang menyasarkan mangsa warga asing.
"Sebelum ini, sindiket itu menjalankan aktiviti penipuan di Pulau Pinang, sebelum berpindah ke ibu kota pada bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, selain dijadikan pusat panggilan (call center), kilang tiga tingkat itu turut dijadikan asrama.
"Kita lihat kilang ini berada di kawasan yang terpencil dan sunyi, malah pintu depan kilang sentiasa ditutup.
"Sindiket hanya menggunakan pintu belakang untuk keluar dan masuk bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.
Zainuddin berkata pihaknya akan mengesan pemilik premis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Berita asal: Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Sinar Harian
Mon Apr 26 2021

Antara peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang Desa Tun Razak di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.

Peniaga ditipu pelaburan tidak wujud, wang simpanan RM2 juta lebur
Lelaki berusia 70 tahun itu dimasukkan ke kumpulan aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan iklan pelaburan mata wang asing yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.

Penyelia penyelenggaraan rugi lebih RM140,000 terperdaya skim pelaburan saham dalam talian
Seorang penyelia penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM149,291 setelah mendakwa terperdaya oleh skim pelaburan saham dalam talian pada Ogos lepas.

Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian
Orang ramai perlu berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

Penghantar makanan rugi lebih RM75,000 dalam pelaburan tidak wujud
Mangsa membuat pembayaran sebanyak enam kali transaksi ke dalam empat akaun syarikat bagi tujuan pelaburan pada tempoh 25 Okt hingga 24 Nov.

Warga asing buat 'u-turn' bongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Imigresen menahan 23 daripada jumlah keseluruhan 30 warga asing yang terlibat untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1956/63 dan Akta Pasport 1966.

Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya pelaburan dalam talian
Mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Rahang dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ahli KWSP kini boleh langgan sehingga lapan dana unit amanah menerusi i-Invest
Sebelum ini ahli KWSP hanya boleh melanggan dana unit amanah daripada satu FMI sahaja untuk satu urus niaga sahaja.

Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu