GEORGE TOWN: Seorang kru kapal Kiran Australia warga Turki yang tidak sedarkan diri diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Ankara, Turki berhubung seorang kru kapal tersebut yang tidak sedarkan diri pada jam 5.25 petang Isnin.
Mangsa berusia 60 tahun, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika kapal mereka dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang semalam.
Abd Razak berkata, sebuah bot PERKASA 1221 diatur gerak serta-merta ke lokasi kecemasan di sekitar 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.
"Bot PERKASA 1221 tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 6.33 petang dan mangsa dipindahkan dari kapal ke bot untuk dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke hospital.
"Mangsa, Dogan Serafettin, segera dibawa ke Hospital Pantai Pulau Pinang (HPP) sebaik sahaja tiba di jeti, untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Maritim Pulau Pinang meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Astro Awani
Tue Oct 26 2021

Bot PERKASA 1221 diatur gerak serta-merta ke lokasi kecemasan bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa. - Foto Maritim Pulau Pinang

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Baling
Pasukan Bomba Dan Penyelamat Baling berjaya menurunkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Baling.

Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia
Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.

Lelaki tidak sedar diri dalam kereta disahkan meninggal dunia
Menyedari mangsa tidak memberi respons, orang awam bertindak menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.

Doktor wanita ditemukan tidak sedarkan diri di bilik hotel
Seorang doktor wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, Port Dickson dekat sini, semalam.

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta
Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat mangsa terperangkap dalam keadaan separa sedar di dalam kereta tersebut.

Maritim pindahkan kru kapal warga Turki tidak sedarkan diri ke HPP
Maritim pada Isnin menerima panggilan kecemasan daripada MRCC Ankara berhubung seorang kru kapal Kiran Australia yang tidak sedarkan diri.

Guru meninggal dunia selepas sesat ketika 'hiking' bersama rakan
Seorang guru lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Hutan Simpan Tawai, di sini, bersama sekumpulan sembilan rakannya pada Sabtu.

Pengsan ketika memandu, pengurus ladang maut dalam perjalanan ziarah saudara sakit
Hasrat seorang pengurus ladang untuk menziarahi saudaranya yang sakit tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika sedang memandu di Kilometer 325.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2).

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan luka di dada
Mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas katil di dalam bilik tidur apartmen berkenaan kira-kira pukul 2.00 petang.

Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.