PASIR PUTEH: Op Kuda Laut yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mendapati nelayan Vietnam turut menggunakan remaja berusia 14 dan 17 tahun sebagai kru bot dalam kegiatan menyamun hasil laut di perairan negara ini.
Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata dua remaja terbabit adalah antara 19 kru dua bot nelayan Vietnam yang ditahan Selasa lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata dua remaja itu akan dibawa untuk pemeriksaan lanjut bagi membuat pengesahan umur.
Katanya, dalam kejadian pukul 6.39 petang itu, anggota APMM yang menjalankan Op Kuda Laut menggunakan Kapal Maritim (KM) Tok Bali telah menahan dua bot nelayan asing di perairan Kelantan pada jarak 114 dan 115 batu nautika dari muara Tok Bali.
"KM Tok Bali mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk memintas dan menahan kedua-dua buah bot tersebut.
"Dalam cubaan untuk menahan, kedua-dua buah bot bertindak melarikan diri menuju ke sempadan perairan Vietnam namun berjaya dipintas dan ditahan di kedudukan lebih kurang 13.5 batu nautika dari sempadan Vietnam," katanya pada sidang media di Jeti Maritim Negeri Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.
Katanya, pemeriksaan ke atas bot pertama yang ditahan mendapati ia dikendalikan oleh tiga kru manakala bot kedua dikendalikan 16 kru termasuk tekong.
"Kesemua 19 kru yang ditahan adalah warga Vietnam berusia 14 hingga 48 tahun.
"Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua bot tidak memiliki permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985 dan kesemua kru serta tekong tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
Khairun Dalilah berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, hasil ikan, diesel dan peralatan menangkap ikan berjumlah kira-kira RM3 juta.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16(3) akta sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi dalam hal memasuki perairan Malaysia.
"Sabitan ke atas kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda hingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata dua remaja terbabit adalah antara 19 kru dua bot nelayan Vietnam yang ditahan Selasa lepas. - Gambar hiasan

Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun, ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu.

Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 8,882
Johor menjadi negeri paling teruk terjejas dengan keseluruhan 7,324 mangsa daripada 2,221 keluarga yang terjejas di lima daerah.

Henti mendadak import sisa plastik boleh jejas industri, perlu peralihan berperingkat - MITI
MITI berkata pemberhentian mendadak pengimportan sisa plastik boleh menjejaskan pengeluaran produk plastik dalam negara serta rantaian bekalan sektor berkaitan.

Itali bukan lagi lawan paling digeruni Jerman
Bierhoff menegaskan skuad Luciano Spalletti tidak memiliki tahap kualiti yang sama seperti pasukan Itali yang pernah dihadapinya.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Baru aksi pertama, #KluivertOut kini trending
Tiga gol dalam separuh masa pertama yang dihasilkan oleh The Socceroos memberikan langkah kanan buat tuan rumah.

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina
Kelulusan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun dimansuhkan.

Polis Abu Dhabi beri amaran tentang penipuan berkaitan Ramadan di media sosial
Polis juga memberi amaran terhadap pautan amal palsu di media sosial yang menyamar sebagai organisasi yang sah.

MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan
Pelan tindakan berkenaan menggariskan langkah bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.

Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan
Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat Musliandee Mustafa Kamal dijumpai pada 4.25 petang Rabu.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 83,000 benih udang kara bernilai RM500,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 83,000 benih udang kara dengan menahan tiga lelaki tempatan di perairan Tanjung Piai.

TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan
Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak
Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak.