PUTRAJAYA: Maritim Malaysia berharap akan menerima sekurang- kurangnya sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) pada Julai tahun ini sebagaimana yang telah dijanji dan dipersetujui oleh pihak kontraktor.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya juga berharap OPV kedua dan ketiga akan disiapkan dan diserahkan kepada pihak agensi dengan secepat mungkin pada tahun hadapan.
“Perolehan OPV ini adalah sangat penting kepada Maritim Malaysia kerana OPV mempunyai keupayaan yang sangat diperlukan untuk mengawasi dan memelihara kedaulatan serta keselamatan perairan negara khasnya di Laut China Selatan, isu seperti pencerobohan bot-bot nelayan asing akan dapat disekat dengan berkesan," katanya kepada media selepas Perbarisan Paluan Berundur yang diadakan di Dataran Pahlawan, pada Khamis.
Mohd Zubil akan bersara wajib pada 19 Mac nanti selepas menabur bakti selama 42 tahun menjaga keselamatan perairan negara.
Sementara itu dalam ucapannya, beliau menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Jangan sesekali membuka ruang kepada orang luar untuk mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita.
"Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik meskipun pelbagai cabaran dan dugaan harus kita hadapi," katanya lagi.
Mohd Zubil juga menasihatkan seluruh pegawai dan anggota supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas khususnya ketika berada di lapangan.
“Sekiranya isu ini tidak dibendung, terus terang saya menyatakan bahawa mereka ini adalah ‘musuh dalam selimut’, ‘gunting dalam lipatan’.
"Ini kerana keselamatan negara telah dijual beli demi kepentingan diri sendiri," katanya lagi.
Astro Awani
Thu Mar 16 2023
Mohd Zubil menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. - Foto Maritim Malaysia
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar meningkatkan aspek keselamatan ketika di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
Powell mendakwa kapal frigat ringan 053H3 Jiangwei Kelas Dua itu kali terakhir dikesan berada di Terumbu Ubi.
Tak sempat rai hari jadi, pemuda 24 tahun maut lori terjunam dalam laut
Tiga hari lagi untuk menyambut hari lahir yang ke-24, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut berhampiran Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.
Seludup bijih timah RM1.5 juta, empat warga Indonesia ditahan
Maritim Malaysia Pahang dan Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot kargo sarat dengan 420 guni serbuk bijih timah dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan dipercayai cuba diseludup ke negara ini dari Indo
Lelaki dikhuatiri lemas di pantai Port Dickson
Menurut Maritim Malaysia, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan pada jam 8 malam tadi.
Maritim Kelantan tahan dua bot tempatan, langgar syarat sah lesen
Dua buah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan negeri itu semalam dan awal pagi ini.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
Nahas bot karam: Pasukan penyelam jumpa beg milik Aina Husna
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menemukan beg sandang milik salah seorang mangsa nahas bot karam di perairan Kemaman, Aina Husna Mohamad Husaini.