GEORGE TOWN: Orang ramai dijemput memeriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini dengan acara kemuncak majlis penutupan yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih istimewa, acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Berlangsung di pentas utama tapak pesta itu, Anwar dijadual menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dan melakukan tinjauan mesra di sekitar tapak program itu antaranya lawatan ke pavilion Perlis dan Kedah, reruai kementerian serta agensi kerajaan.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang berlangsung di dewan terbuka bersebelahan pentas utama.
Selain majlis penutupan program itu, Anwar dijangka menyempurnakan acara cabutan bertuah bagi hadiah utama Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara.
Program yang berlangsung sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu menjadi wadah masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang 196 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.
Bagi yang mempunyai saman trafik, hari ini adalah peluang akhir untuk mendapatkan diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sejak dua hari lepas.
Selain itu, lebih 1,000 unit topi keledar percuma turut menanti pengunjung pada program yang akan melabuhkan tirai hari ini selain diskaun 20 peratus barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam dan daging segar menerusi Jualan Agro MADANI.
Tidak ketinggalan, pameran aset kerajaan termasuk milik Kementerian Pertahanan seperti aset Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize, pameran senjata api PDRM, karnival kerjaya, perkhidmatan gunting rambut percuma, klinik pergigian dan klinik kesihatan am bergerak serta cabutan bertuah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Anwar dijangka menyempurnakan acara cabutan bertuah bagi hadiah utama Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara. - Foto malaysiamadani.gov.my

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.