KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Pahang berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 25 kilogram (kg) bijirin jagung melalui penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), di sini, semalam.
Ketika melakukan operasi pemeriksaan harian di lapangan terbang itu, pegawai MAQIS menemukan bijirin itu yang disembunyikan di dalam beg pakaian seorang penumpang warga Myanmar.
Jurucakap MAQIS berkata, pegawai pemeriksa MAQIS dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan membawa masuk hasilan pertanian tersebut yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengimportan seperti Permit Import MAQIS dan Sijil Fitosanitasi.
“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasilan pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
“Kesalahan ini boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama. Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, pihak MAQIS menasihatkan semua penumpang kapal terbang dari negara luar yang ingin membawa masuk produk-produk pertanian ke negara ini agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Amirah Nordin
Tue Feb 28 2023

Salah seorang pegawai MAQIS menunjukkan bijirin jagung yang dirampas daripada beg oakaian seorang penumpang Myanmar, di LTSAS, Kuantan, semalam. - Foto MAQIS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MAQIS rampas bijirin jagung disembunyi dalam beg pakaian
Pegawai MAQIS menemukan bijirin jagung yang disembunyikan di dalam beg pakaian seorang penumpang warga Myanmar.

Koronavirus: Pahang tempatkan pengesan haba di pintu masuk antarabangsa
Pahang menempatkan alat pengesan haba (thermal scanner) di tiga pintu masuk antarabangsa sebagai langkah mencegah jangkitan novel koronavirus di negeri itu.