KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini menggesa badan antarabangsa bagi melaksanakan tekanan secara global untuk memasuki Gaza, Palestin dengan menghantar sekumpulan kapal membawa bantuan kemanusiaan.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata dalam satu kenyataan ini adalah kerana gerakan dengan kapal flotila melalui Laut Mediterranean dilihat sebagai satu sahaja laluan untuk ke Gaza.
"Semua negara yang mampu dan sanggup menyertai dalam menghantar kumpulan kapal mereka yang membawa bantuan kemanusiaan yang dihalang daripada memasuki Gaza. Gesaan untuk satu tindakan bersepadu bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk di Gaza yang kebuluran dan menjadi pelarian tidak sepatutnya ditangguhkan lagi.
"Semua kerajaan yang meminta supaya dilaksanakan gencatan senjata tidak seharusnya teragak-agak menyertai langkah terakhir ini untuk menyelamatkan Gaza daripada pembunuhan beramai-ramai. Tekanan antarabangsa perlu dilakukan bersungguh-sungguh untuk memaksa sekatan di Gaza dibuka dan penyaluran bantuan harus dilanjutkan dengan serta-merta," katanya.
Pada masa sama, Mohd Azmi berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua agensi antarabangsa gagal mengekang jenayah genosid rejim Israel di Gaza.
Beliau menegaskan Israel mengenakan kepungan yang menjejaskan Semenanjung Gaza sejak 2006 yang menggugat penjagaan kesihatan paling asas, makanan, air minum, juga infrastruktur penting untuk membantu kehidupan.
Beliau berkata sejak 7 Okt 2023, kemusnahan infrastruktur dan kehilangan nyawa daripada pengeboman dan sekatan ke atas bantuan kemanusiaan telah mengakibatkan malapetaka yang dahsyat di Gaza.
"Pembunuhan beramai-ramai paling kejam ke atas warga Palestin di Gaza dalam lebih dari 140 hari, malah semasa perbicaraan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel telah melaksanakan pengeboman tidak henti-henti meragut ratusan nyawa setiap hari.
Serangan selama lima bulan dengan lebih daripada 29,000 kematian orang awam (termasuk lebih 15,000 kanak-kanak) dan 70,000 mangsa cedera adalah lebih daripada cukup untuk merumuskan bahawa Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang amat kejam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Penduduk Palestin menunggu bantuan kemanusiaan di tepi pantai di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, 25 Feb 2024. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.

Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.

Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini
Selepas 365 hari genosid berlangsung kejam dan biadab di Gaza, kutukan tidak akan menghalang atau menghentikan kezaliman Israel.

MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.

MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.

Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.

Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel
Menurut Sani Araby, Allahyarham yang juga pegawai lapangan penting MAPIM terkorban syahid di Gaza.

Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.