Beliau menjelaskan, usaha itu adalah penting bagi membentuk sebuah persekitaran media yang terbuka seterusnya membangunkan sebuah negara yang sihat.
“Ini adalah era baru untuk Malaysia di mana kami perlu meraikan kebenaran. Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara.
“Adalah menjadi komitmen saya untuk memastikan kebebasan media secara holistik,” kata Nurul Izzah ketika ditemui di luar bangunan Yayasan AlBukhary di sini, hari ini.
Sebelum ini, di media sosial, Nurul Izzah pernah menyuarakan hasrat tersebut sebagai agenda utama dalam reformasi kerajaan pakatan Harapan.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan sebuah akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak, pencetakan, penghasilan dan pengedaran hasil penerbitan.