Pentadbiran Manila akan meneruskan usaha membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan.
Ketegasan itu dinyatakan presiden Filipina, Benigno Aquino III.
Pendirian Aquino itu dinyatakan dalam sidang medianya di Manila.
Tambah Aquino, pentadbiran Manila juga bimbang pencerobohan berterusan menjejaskan 800,000 rakyatnya yang menetap di Sabah.
Aquino juga mengesahkan ada menerima laporan risikannya yang mengaitkan dalang pencerobohan ini dengan individu yang pernah berada di dalam pentadbiran kerajaan Malaysia sebelum ini.
Presiden Filipina itu menyifatkan kumpulan bersenjata itu tidak berupaya melaksana gerakan pencerobohan secara bersendirian.
Tambah beliau, siasatan sedang dilakukan dan bukti-bukti sedang dikumpul oleh pasukan pihak berkuasa Filipina.
Dalam pada itu Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai.
Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.
Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan.
Astro Awani
Mon Mar 04 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bekas Presiden Filipina Benigno Aquino dilapor meninggal dunia
Aquino, 61, merupakan Presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016.

Rodrigo Duterte menang Pilihan Raya Presiden Filipina
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, dua pesaingnya mengaku kalah, membuka peluang kepada Datuk Bandar Davao itu menggantikan Benigno Aquino III bagi memimpin Filipina untuk penggal seterusnya.

Rodrigo Duterte diramal menang besar pemilihan presiden Filipina
Duterte yang berkobar-kobar mahu membanteras jenayah namun sering mencetus isu kontroversi dan moral dilihat semakin diterima pengundi negara tersebut.

Taufan Haiyan: Angka kematian meningkat kepada 2344
Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana turut melaporkan 3,804 orang lagi mengalami kecederaan dan 79 lagi hilang.

Pilihan raya Filipina penting buat Aquino
Pilihan raya Filipina hari ini dilihat penting bagi Presiden Benigno Aquino bagi melaksanakan agendanya setelah keganasan dan rasuah melingkari permasalahan negara.

Manila minta nasihat ulama Islam; Kiram mohon bantuan Vatican
Manila dilaporkan mendapatkan nasihat daripada ulama Islam tertinggi untuk mengkaji tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Aquino yakin isu Sabah boleh selesai di meja rundingan
Presiden Filipina, Benigno Aquino yakin bahawa isu tuntutan ke atas negeri Sabah hanya boleh diselesaikan kedua pihak melalui meja rundingan.

Bekas presiden gesa Aquino jumpa 'Sultan'
Bekas Presiden Filipina menggesa Presiden Benigno Aquino III untuk bertemu dengan 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III untuk membincangkan bagaimana untuk menamatkan pertempuran yang kini berlaku di Sabah.

Rosario mohon maaf pada keluarga Kesultanan Sulu
Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario akan menghantar permohonan maaf secara rasmi kepada keluarga waris kesultanan sulu kerana meminggirkan kumpulan itu dalam perjanjian Bangsamoro.

Manila terus usaha cari penyelesaian aman - Aquino
Pentadbiran Manila akan meneruskan usaha membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan.