Seorang tukang rumah yang disamun dua lelaki bermotosikal di Jalan Betik, di sini malam tadi, bertindak nekad mengejar suspek dan berjaya menahan salah seorang daripada mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira 9.40 malam, mangsa berusia 44 tahun sedang menunggang motosikal sebelum dua suspek datang dari arah belakang dan menyamun beg silang lelaki berkenaan.
"Mangsa bertindak mengejar motosikal dinaiki dua lelaki itu hingga ke Jalan Maju dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum dua anggota polis trafik yang melihat kejadian itu membantu tukang rumah tersebut.
Seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala rakannya melarikan diri dengan motosikal yang ditunggangnya dan polis turut merampas beg silang mangsa yang mengandungi wang tunai serta dokumenbersama lelaki tersebut," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan lelaki berusia 36 tahun yang ditahan itu dan rakannya berumur 30-an dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun serta ragut di sekitar daerah SPT sejak beberapa bulan lepas.
Nik Ros Azhan berkata usaha mengesan seorang lagi suspek yang identitinya telah dikenal pasti itu giat dijalankan manakala rakannya seorang penganggur ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berumur 29 dan dua remaja perempuan berusia 18 serta 22 tahun dipercayai pengedar dadah dan merampas kira-kira 50 gram heroin serta syabu bernilai RM3,207 di tepi jalan Kampung Baru Alma, di sini awal pagi tadi.
Katanya, semasa ditahan mereka dipercayai sedang menunggu penagih dadah untuk menjual syabu serta heroin yang dirampas itu dan siasatan juga mendapati tiga individu berkenaan terlibat dalam kegiatanmengedar dadah sejak beberapa bulan lepas.
"Ketiga-tiga mereka positif dadah dan lelaki yang ditahan turut mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah manakala dua remaja berkenaan masing-masing mempunyai satu rekod dadah," katanya.
Beliau berkata mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2017

Mangsa bertindak mengejar motosikal dinaiki dua lelaki itu seterusnya berlaku pergelutan. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.