Remaja yang didakwa dirogol sembilan anggota tentera dalam kejadian Disember lalu disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
"Mangsa yang berusia 17 tahun sebelum ini membuat laporan dan mendakwa dia hamil dan pemeriksaan daripada pihak hospital mengesahkan mangsa hamil sembilan minggu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suspek utama dalam kejadian berkenaan merupakan kenalan mangsa selain lapan lagi rakan suspek utama.
BACA: Rogol bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman
BACA: Kes tentera rogol remaja: Kertas siasatan diserah ke Peguam Negara
Tambah Mohd Khalil, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera tersebut.
Kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.
Kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Kejadian rogol itu berlaku pada pertengahan Disember lalu dan difahamkan kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi, Khamis lepas.
Hakim Rahman
Sun Feb 25 2018

MOHD KHALIL: Pemeriksaan daripada pihak hospital mengesahkan mangsa hamil sembilan minggu. - BERNAMA/Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lima beradik bergilir guna telefon pintar ibu, arwah bapa
Lima anak kepada seorang ibu tunggal terpaksa bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit milik wanita tersebut dan peninggalan arwah bapa.

Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 30 lelaki di bilik hotel
Menurut polis tempatan, mangsa yang pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk kemudiannya ke Hotel Red Sea di mana dia ingin menggunakan bilik air.

Padah rogol 2 gadis bawah umur, lelaki dipenjara 15 tahun dengan 8 sebatan
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Amirudin Mohamad Rosli, 26, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan.

Remaja diculik, dirogol dan 'diratah' dua minggu dalam hutan
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diculik dan dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan lelaki selama 14 hari di Enrekang, Sulawesi Selatan.

Ibu dua anak dinoda lima lelaki, dibakar hidup-hidup
Seorang ibu kepada dua anak diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki dan turut dibakar hidup-hidup dalam sebuah kuil di Sambhal, Uttar Pradesh.

Remaja dirogol bergilir-gilir enam lelaki
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh enam lelaki dalam kejadian di kaki lima di kawasan perindustrian Yue Min, Penampang

Mangsa rogol 9 anggota tentera disahkan hamil
Remaja yang didakwa dirogol sembilan anggota tentera dalam kejadian Disember lalu disahkan hamil sembilan minggu.