PORT DICKSON: Hasrat anak sulung daripada enam beradik untuk melangsungkan perkahwinan pada November ini tidak kesampaian selepas ditemukan lemas bersama dua adik perempuannya di Pantai Cahaya, dekat sini semalam.
Sepupu perempuan mereka, R. Thammanty, 30, berkata mangsa, R. Kalaivani, 30 juga telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis praperkahwinan dalam waktu terdekat bersama tunang, J. Sathiswaran, 29, yang terselamat ketika kejadian berkenaan.
"Pemergian mereka amat mengejutkan kami semua. Kalaivani dan Sathiswaran dah bertunang sejak lapan tahun lepas, mereka sedang mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan November nanti, tapi apakan daya apabila dia bersama dua adiknya pergi dulu.
"Dia dan tunangnya tinggal di Taiping, Perak dan pulang bercuti di rumah keluarga Kalaivani di Banting, Selangor pada Sabtu lepas. Saya dan sepupu memang sangat rapat, rumah juga berdekatan, tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami berjumpa, mereka sangat ceria," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Port Dickson di sini hari ini.
Selain Kalaivani, turut ditemukan lemas dalam kejadian pada 5.57 petang itu adalah adik keduanya Dawige, 29, dan adik bongsu, Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki yang juga anak kelima, Veeran, 26, dan Sathiswaran berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Thammanty berkata percutian sepupunya bersama ibu mereka, K. Anchalay, 52, semalam juga adalah percutian pertama keluarga itu ke Port Dickson kerana sebelum ini mereka hanya ke kawasan sekitar Selangor sahaja.
Menurutnya ketika ini keadaan emosi Anchalay tidak stabil dan masih menangis berikutan hilang ketiga-tiga anak perempuannya serentak, manakala anak lelakinya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mengulas kejadian semalam, Thammanty berkata dia menyedari Veeran mengambil kereta di parkir hadapan rumah kira-kira 2 petang dan menjelang malam rumah mereka dilihat masih gelap sehingga menimbulkan kerisauan kerana sebelum ini mereka sekeluarga akan memaklumkan padanya jika mahu ke mana-mana.
"Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada mak cik (Anchalay) memaklumkan tiga sepupu saya meninggal dunia, saya fikir mereka kemalangan tetapi sampai di hospital baru tahu mereka lemas. Menurut mak cik kejadian berlaku sangat pantas hingga dia sendiri tidak perasan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasa sedang dilakukan ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Kes lemas itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasa sedang dilakukan ketika ini. - Gambar/ Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
Lelaki yang hilang dihanyutkan arus ketika memukat ikan di Sungai Tajar di sini, semalam ditemui lemas hari ini.
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
Dua budak perempuan mandi kolam ditemukan lemas
Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas ketika mandi di kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, di sini pada Ahad.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Lagi kes budak lemas dalam parit di Tanjong Karang
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dalam sebuah parit di Kampung Sungai Kajang Lama di sini pada Sabtu.
Wanita lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.