Air bertakung atau banjir 'termenung' itu bertukar warna, berbau kurang enak dan menyebabkan kegatalan apabila terkena kulit.
Norazlina Che Soh, 57, dari Kampung Terusan antara yang berdepan dengan masalah air berbau di perkarangan rumahnya.
"Air tidak boleh pergi ke mana-mana, sekarang menjadi busuk. Air yang naik bari-baru ini air kelapa sawit, buat gatal semua.
"Air berwarna merah dan sangat busuk, naik ke rumah. Ikan pun banyak mati," katanya.
Bagi Jali Abdul Rahman pula, anak-anaknya mengalami kegatalan kulit selepas terkena air tersebut.
"Air bertakung ini berwarna merah dan bau agak masam. Habis semua anak-anak gatal satu badan," katanya.
Mereka berdua antara penduduk yang mengalami masalah air bertakung sejak banjir melanda 18 Disember lepas.
Sebelum ini kebanyakan penduduk dari Kampung Terusan, Padang Licin dan Gual Periuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Selepas dibenarkan pulang, penduduk Kampung Terusan ini tidak dapat lagi mengemaskan rumah kerana air yang bertakung itu.