KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan peningkatan kepada 1,892 mangsa pagi ini berbanding 1,053 orang malam tadi.
Selangor pula menunjukkan penurunan bilangan mangsa manakala banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Sungai Seluang yang menempatkan 76 mangsa ditutup sepenuhnya pagi ini.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dan Kulai memaklumkan daerah berkenaan menjadi daerah terbaru dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 276 orang setakat 8 pagi ini.
Semalam, hanya Segamat dilanda banjir dan merekodkan seramai 57 mangsa dan jumlah itu kekal pagi ini.
Di daerah Kulai, dua PPS dibuka menempatkan 194 mangsa manakala 25 mangsa lagi ditempatkan di satu PPS di Kluang.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Di MELAKA, jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah meningkat kepada 44 mangsa daripada 15 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 37 orang daripada 11 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan seramai 11 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala 33 mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,338 membabitkan 441 keluarga pagi ini berbanding 809 mangsa daripada 265 keluarga malam tadi dan ditempatkan di tujuh PPS dengan enam daripadanya di Pasir Mas manakala satu di Tanah Merah.
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir juga merekodkan peningkatan kepada 234 orang pagi ini berbanding 150 orang semalam dan ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dan Dewan Banjir Desa Puri masing-masing di Tasek Gelugor serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina True Light, Juru.
Di SELANGOR, menerusi laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak tujuh PPS masih dibuka pagi ini dengan empat di Kuala Selangor dan tiga di Klang yang menempatkan seramai 693 mangsa daripada 171 keluarga.
Berbeza di KEDAH, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain memaklumkan Masjid Sungai Seluang yang dijadikan PPS dan menempatkan 76 mangsa daripada 16 keluarga ditutup sepenuhnya pada 10.30 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022

Kanak-kanak bermain air di perkarangan sebuah rumah yang dilanda banjir ketika tinjauan di sekitar Klang, pada Sabtu. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah tiga kali ganda, Johor turut meningkat pagi ini
Setakat 6 pagi ini, Pahang merekodkan 1,525 mangsa berbanding hanya 450 mangsa, 8 malam tadi.

Mangsa banjir cecah lebih 50,000 orang di lima negeri
Jumlah mangsa banjir berada pada angka 50,791 orang setakat jam 2 petang ini melibatkan lima negeri dengan jumlah terus meningkat dan paling ramai adalah di Johor.

Mangsa banjir di Pahang cecah 2,860 di 23 PPS
Berbanding pada jam 4 petang tadi, seramai 2,641 orang mangsa daripada 816 buah keluarga ditempatkan di 21 buah PPS di lima daerah negeri ini.

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,704 orang
Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat 8 malam tadi.

Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 5,528 berlindung di 58 PPS
Situasi banjir di Johor menunjukkan peningkatan dengan 5,528 mangsa banjir daripada 1,536 keluarga yang ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah.

Mangsa banjir Johor hampir 4,000, Muar daerah baharu terjejas
Mangsa banjir di Johor terus menunjukkan peningkatan dengan Muar menjadi daerah baharu dilanda banjir.

Mangsa banjir empat negeri meningkat, Selangor menurun dan Kedah pulih
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan peningkatan kepada 1,892 mangsa pagi ini berbanding 1,053 orang malam tadi.

Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang Ahad.

Mangsa banjir di Perak terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Perak terus meningkat kepada 206 orang daripada 46 keluarga, melibatkan dua daerah di negeri ini.