Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang ini.
Negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu adalah Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor terus mencatatkan peningkatan iaitu seramai 743 mangsa daripada 234 keluarga, yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Smart Selangor Command Center (SSCC) berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Jeram, terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan rekod terkini seramai 536 orang daripada 148 keluarga berbanding 492 mangsa pagi tadi.
"PPS di SK Ijok turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa di mana kini dihuni 72 orang mangsa daripada 49 keluarga berbanding 32 orang pagi tadi. Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields, kekal 89 orang mangsa daripada 22 keluarga, manakala di SK Jaya Setia pula seramai 46 orang mangsa daripada 15 keluarga," katanya kepada Bernama.
Di NEGERI SEMBILAN, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu, mangsa banjir di daerah Jelebu yang ditempatkan di dua PPS, iaitu PPS Balai Raya Kampung Juntai dan Masjid Kampung Jerang, meningkat kepada 69 orang daripada 23 keluarga, berbanding pagi tadi seramai 38 orang daripada 16 keluarga.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 200 mangsa petang ini berbanding 198 mangsa tengah hari tadi, yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), setakat 2.27 petang tadi, kesemua mangsa itu ditempatkan di dua PPS masing-masing di daerah Kerian dan Hilir Perak.
"Seramai 69 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan di daerah Hilir Perak, manakala di PPS SK Changkat Lobak, Jalan Selama di daerah Kerian pula masih menempatkan seramai 131 orang membabitkan 30 keluarga," katanya.
Menurut portal itu lagi, seramai 10 orang daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Teras, Ijok dekat Batu Kurau, di daerah Larut Matang dan Selama, susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lepas.
Di JOHOR, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Johor melibatkan dua daerah, kekal 105 orang daripada 24 keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata petang ini, seramai 89 orang daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS di SK Melayu Raya di daerah Pontian, dengan mangsa yang terlibat adalah dari Kampung Sepakat Jaya, Kampung Melayu Raya, Kampung Maju Jaya, Kampung Pak Khalid dan Kampung Paya Embun.
Menerusi satu kenyataan ringkas, beliau berkata seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat masih ditempatkan di PPS SK Sungai Kajang sejak 23 Okt lalu.
Di PULAU PINANG, seramai 94 mangsa banjir di Bukit Mertajam masih ditempatkan di PPS sehingga petang ini dan jumlah itu semakin berkurang berbanding 147 orang pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata sehingga pukul 4 petang ini tiga PPS masih dibuka dan menempatkan 25 keluarga.
Phee berkata seramai 46 orang daripada 10 keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Sukun manakala di Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh seramai 22 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di dewan itu dan 26 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di sebuah lagi PPS iaitu di Tadika Kemas Kampung Manggis.
Menurutnya lagi mangsa banjir membabitkan penduduk Kampung Manggis telah ditempatkan di PPS itu sejak Selasa dan sehingga hari ini air masih belum surut sepenuhnya, berikutan hujan yang kerap turun pada waktu petang dan malam.
Di KEDAH, sebuah PPS bagi menempatkan 28 mangsa banjir dari sembilan keluarga dibuka di Pendang kira-kira 2.15 petang tadi.
Menurut info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Pendang selepas air Sungai Pendang melimpah memasuki kediaman penduduk terutama yang menetap di tepi sungai, melibatkan antaranya Kampung Sukamari, Kampung Hampar Kanan, Kampung Batu Hampar, Kampung Banggol Kambing dan Kampung Tanah Merah Dalam.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawangnya meramalkan seluruh negeri di Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan serta Kudat dan Sandakan di Sabah akan mengalami ribut petir di beberapa kawasan esok.
Turut dijangka mengalami ribut petir di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019
![Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572193097_Banjir.jpg)
Anggota JBPM membawa mangsa banjir kilat ke tempat yang selamat berikutan hujan lebat di Kampung Maju Jaya Pontian pada 22 Okt 2019. -Gambar fail/BERNAMA
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733151561_banjirdungun.jpg)
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
![Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733195367_TBbanjirterengganu.jpg)
Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.
![PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691134395_AnwarIbrahim.jpg)
PRN: PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.
![KKM kemuka cadangan PKP buat enam negeri KKM kemuka cadangan PKP buat enam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619528682_DatukSeriDrAdham.jpg)
KKM kemuka cadangan PKP buat enam negeri
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.
![Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572193097_Banjir.jpg)
Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang Ahad.
![Enam negeri setuju naik kadar tarif air Enam negeri setuju naik kadar tarif air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.