Enam negeri telah bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras dengan usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan enam negeri tersebut.
"Sekarang konsultasi mengenai kadar tarif air masih diteruskan, dan tidak lama lagi dua lagi negeri akan bersetuju untuk menaikkan tarif air," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang ingin tahu justifikasi kementerian terhadap cadangan menaikkan tarif air di Malaysia dan penetapan had harga siling bagi setiap negeri.
Menurut Xavier, kadar tarif air di seluruh negara sepatutnya dinaikkan dua atau lima tahun lepas kerana kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan tarif yang setara, sekali gus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberi perkhidmatan air yang berkualiti.
Dalam pada itu, mengenai penetapan harga siling, beliau berkata ia berbeza mengikut negeri-negeri termasuk berdasarkan keupayaan operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2019

Menurut Xavier, kadar tarif air di seluruh negara sepatutnya dinaikkan dua atau lima tahun lepas kerana kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan tarif yang setara. - Gambar hiasan

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.

Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.

Perak mohon buka semula LRA Air Ganda
Bagaimanapun, pembukaan semula operasi loji itu bukan untuk kegunaan makan dan minum.

Perak belum putus naik tarif air
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Perak juga bukan antara enam negeri yang telah bersetuju dengan rancangan untuk menaikkan tarif itu.

Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.

Kebajikan pelajar MRSM daripada golongan B40 terus dipelihara
Kebajikan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan terus dijaga dalam usaha memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti.

Tarif air dijangka naik
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor
Fasa terakhir pemilihan di Selangor membabitkan enam lagi cabang daripada keseluruhan 22 cabang di negeri itu akan diadakan pada 28 Okt ini.

Peruntukan RM350 juta dimohon bina infrastruktur kawalan banjir
Permohonan itu masih berada di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.