JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat jam 8 malam tadi.
Angka itu menunjukkan pertambahan sebanyak 3,228 mangsa dari 39,476 mangsa pada pukul 4 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata seramai 12,408 buah keluarga yang terlibat dengan bencana itu, membabitkan pembukaan sebanyak 252 pusat pemindahan sementara (PPS) di kesemua 10 daerah di negeri ini.
Jelasnya, jumlah keluarga yang terjejas dan pembukaan PPS itu turut mempamerkan trend yang meningkat.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat 8 malam tadi, sejumlah 48 orang mangsa baharu direkodkan di Kulai, menjadikan daerah itu kembali terjejas dengan bencana tersebut.
"Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas, dengan 13,292 mangsa daripada 3,888 buah keluarga direkodkan di 76 PPS
"Disusuli daerah Batu Pahat, dengan 12,286 mangsa, membabitkan 3,558 keluarga yang ditempatkan di 55 PPS
"Manakala 40 PPS di sekitar daerah Kluang turut berjaya menempatkan sejumlah 5,292 mangsa, daripada 1,543 buah keluarga.
Daerah Muar merekodkan seramai 3,862 orang mangsa, Kota Tinggi 3,257 mangsa, dan Tangkak 2,912 mangsa.
"Selain itu, Mersing merekodkan 911 mangsa, Johor Bahru 517 mangsa, dan terakhir Pontian, seramai 327 mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Setakat jam 8 malam, angka korban masih kekal seramai empat orang, yang lemas susulan banjir di daerah Kluang dan Segamat.
Terdapat dua PPS di Segamat yang menempatkan lebih 2,000 orang mangsa, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa yang memuatkan 2,537 orang mangsa, dan PPS SK Seri Bali dengan 2,437 mangsa.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Mar 04 2023

Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat jam 8 malam tadi. - Foto ihsan APM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah tiga kali ganda, Johor turut meningkat pagi ini
Setakat 6 pagi ini, Pahang merekodkan 1,525 mangsa berbanding hanya 450 mangsa, 8 malam tadi.

Mangsa banjir cecah lebih 50,000 orang di lima negeri
Jumlah mangsa banjir berada pada angka 50,791 orang setakat jam 2 petang ini melibatkan lima negeri dengan jumlah terus meningkat dan paling ramai adalah di Johor.

Mangsa banjir di Pahang cecah 2,860 di 23 PPS
Berbanding pada jam 4 petang tadi, seramai 2,641 orang mangsa daripada 816 buah keluarga ditempatkan di 21 buah PPS di lima daerah negeri ini.

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,704 orang
Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat 8 malam tadi.

Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 5,528 berlindung di 58 PPS
Situasi banjir di Johor menunjukkan peningkatan dengan 5,528 mangsa banjir daripada 1,536 keluarga yang ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah.

Mangsa banjir Johor hampir 4,000, Muar daerah baharu terjejas
Mangsa banjir di Johor terus menunjukkan peningkatan dengan Muar menjadi daerah baharu dilanda banjir.

Mangsa banjir empat negeri meningkat, Selangor menurun dan Kedah pulih
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan peningkatan kepada 1,892 mangsa pagi ini berbanding 1,053 orang malam tadi.

Banjir: Lebih 1,200 mangsa di enam negeri dipindahkan
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) di enam negeri yang terlibat meningkat kepada 1,239 orang daripada 363 keluarga setakat pukul 4 petang Ahad.

Mangsa banjir di Perak terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Perak terus meningkat kepada 206 orang daripada 46 keluarga, melibatkan dua daerah di negeri ini.