KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi, namun penduduk di persisir pantai Sabah yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar bertambah.
Di TERENGGANU, mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) turun kepada 1,628 orang berbanding 3,908 mangsa pada petang tadi dengan Kuala Nerus merekodkan 1,215 orang, Besut (183), Kuala Terengganu (154) dan Marang (76).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan semua PPS di Hulu Terengganu dan Dungun telah ditutup dan hanya 13 PPS masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 430 keluarga.
Di KELANTAN, 5,073 mangsa banjir daripada 1,692 keluarga masih berlindung di 19 PPS di Pasir Mas dan Tumpat malam ini, berkurangan berbanding 7,746 mangsa daripada 2,561 keluarga petang tadi.
Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, dua sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dengan bacaan 9.12 meter (m) dan Kampung Jambu, Tumpat (2.61m).
Di PERAK, 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di daerah Hilir Perak setakat 8 malam ini.
Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud turun kepada 143 mangsa daripada 58 keluarga malam ini berbanding 212 orang daripada 77 keluarga petang tadi.
Bagaimanapun, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,288 mangsa daripada 267 keluarga, berbanding 1,151 orang daripada 241 keluarga petang tadi.
Seramai 513 mangsa dipindahkan di sebuah PPS di Sandakan, 54 orang berada di sebuah PPS di Kota Kinabalu manakala 721 mangsa lagi di enam PPS di Pitas.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa daripada 27 keluarga dengan hanya satu PPS beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi, Serian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022
Jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,288 mangsa. - Gambar/ Bernama
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Banjir: PPS diaktifkan di Kubang Pasu tempatkan 53 mangsa
PPS di Sekolah Kebangsaan Malau itu menempatkan 53 mangsa daripada 15 keluarga dari tiga kampung terjejas.
Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.
Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.