Menurut laporan terkini pusat kawalan bencana negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mereka daripada 157 keluarga.
Tinjauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya.
Ia melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Kedah di Kota Setar, Sungai Pahang di Bera dan Sungai Rompin, Sungai Arau, Sungai Kinabatangan dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu.
Selain itu, 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh termasuk Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Jalan Sungai Lembing di Kuantan dan Jalan Sungai Sok - Chucuh Puteri di Kuala Krai.