IPOH:Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 1,237 setakat jam 8 pagi ini, berbanding 1,010 petang semalam melibatkan empat buah daerah yang semuanya ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).
Kuala Kangsar merupakan daerah baharu terjejas, selain Muallim, Kampar dan Hilir Perak.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah Muallim paling teruk selepas Kampung Slim Village, Kampung Balun dan Kampung Kuala Slim dinaiki air sehingga menyebabkan 554 penduduk daripada 118 keluarga terpaksa berlindung di empat buah PPS.
Menurutnya, di daerah Hilir Perak seramai 557 mangsa banjir dari 12 kampung dipindahkan ke enam PPS.
Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tanjung Keramat, Kampung SC Ayer Hitam, Kampung Tengah Ayer Hitam, Kampung Sungai Ramai, Kampung Belakang Kedai Degong dan Kampung Chikus Langkap.
Di daerah Kampar pula, 75 orang berada di tiga PPS selepas Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng dinaiki air.
Lewat petang semalam, 51 penduduk dari Rancangan Penempatan Tersusun Tok Sirat, Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar, dipindahkan ke PPS kampung itu.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 05 2021
Sebahagian jalan dari Attaduri ke Chikus di Sungai Manik runtuh. - Foto JKR Perak
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Banjir di beberapa negeri belum reda
Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Kemungkinan banjir: MB Perak arah semua pihak berkaitan siap siaga
Kerajaan Negeri Perak mengarahkan semua pihak berkaitan supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Banjir di beberapa negeri bertambah baik pagi ini
Di Perak, NADMA memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,286 orang pagi ini berbanding 1,191 orang malam tadi.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
Air pasang besar: Kampung Besar dilanda banjir kilat
Kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.
Air pasang besar: MBSA minta orang ramai lebih berhati-hati, siap sedia
Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.